Harakahdaily Roy Rasul/Ziera Rahman Tue | Jul 01, 08 | 12:20:52 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - PAS melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan jahat melibatkan peribadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan niat membusukkan nama baik, maruah dan kredibiliti beliau. "Ternyata konspirasi ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dari pelbagai krisis yang sedang melanda negara. "Kenaikan kos saraan hidup akibat penarikan semula subsidi bahan bakar sebanyak RM13.7 bilion mencetuskan kesan berantai paling kritikal dalan krisis ekonomi negara sekali gus membebankan rakyat," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa. Menurutnya, rakyat boleh melihat bagaimana kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) saling bercakaran sesama sendiri akibat kegagalan mengurus tadbir negara, justeru isu hangat seperti ini ditimbulkan untuk mengalih perhatian rakyat. "Kerajaan BN juga begitu tertekan dengan pelbagai isu yang wujud kesan daripada ura-ura peralihan Kerajaan Pusat ke tangan Pakatan Rakyat yang bertiup kencang," katanya. Beliau yang mewakili suara pimpinan PAS yang lain menyatakan, "kami menolak sebarang tuduhan jahat yang sekali gus membawa erti tuduhan 'Qazaf' terhadap seorang peribadi Muslim yang dikenali umum sebagai salah satu pemimpin di Malaysia". Tambahnya lagi, si penuduh tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat seandainya tidak didokongi dengan bukti yang kukuh seperti yang digariskan oleh Syari'at. Hukuman terhadap perbuatan 'Qazaf' yang termaktub di dalam al-Quran iaitu pada ayat 4, Surah An-Nur yang bermaksud, "dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq", katanya. "Kami menyeru supaya rakyat tidak terpengaruh dengan 'drama' ini," katanya lagi. Ekoran rasa tidak percaya rakyat terhadap PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan mereka, ahli Parlimen PAS berharap agar kerajaan dapat menubuhkan sebuah Badan Bebas Siatan Awam untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan berat ini segera. Dalam pada itu hampir kesemua ahli parlimen PAS turut serta dalam sidang media yang diadakan di Lobi Parlimen. Antaranya, ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, dan Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata PAS kesal dengan politik murahan dan politik tidak bermoral yang dimainkan oleh BN dengan sekali lagi membangkitkan isu-isu berkaitan kes liwat yang kononnya dilakukan oleh Ketua Umun Dato' Seri Anwar Ibrahim. Katanya, ini merupakan antara usaha akhir BN untuk menghalang perjalanan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya. "Isu ini timbul selepas desas-desus undi tidak percaya 'cross-over' ahli-ahli parlimen dari BN kepada Pakatan Rakyat. "Kesinambungan ini yang dilihat BN, maka timbul pula isu tuduhan liwat yang sekali lagi dilempar kepada Dato Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini. Bagaimanapun katanya, isu tidak tersebut tidak akan memberi apa-apa kesan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat walaupun usaha itu adalah usaha untuk menghilangkan atau menjejaskan imej Dato' Seri Anwar dan Pakatan Rakyat. Menurutnya, beliau percaya masyarakat dan rakyat tidak akan hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Ini katanya, rakyat menyokong Pakatan Rakyat baru-baru ini adalah mereka yang sudah ada pengalaman dalam isu-isu tuduhan liar dalam kes Anwar sebelum ini. "Sebab itu saya berasakan tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah satu tuduhan yang tidak munasabah dan saya meragui siasatan yang dibuat oleh pihak polis. "Ini berasaskan kepada keputusan ataupun siasatan kes yang dibuat oleh polis beberapa tahun dulu," dakwanya. Katanya, beliau meragui siasatan polis dalam kes tersebut dapat berlaku adil. Malah dakwanya, tidak mustahil jika dibiarkan polis meneruskan siasatan kes itu dibimbangi berlaku rekaan bukti atau ciptaan yang akan dibuat pihak polis dan kemudiannya mungkin akan dibuat oleh pihak pendakwa. "Sebab itu saya menuntut supaya badan yang membuat siasatan bukan pihak polis kerana dalam kes mata lebam Anwar dulu pasukan polis gagal untuk mencari siapa sebenarnya melakukan perbuatan tersebut ke atas Anwar. "Setelah dibentuk satu suruhanjaya bebas baru dapat dibuktikan bahawa polis terlibat dalam menyebabkan lebam mata Anwar," katanya. Dalam kes tersebut dakwanya polis tidak dapat memberikan keyakinan kepada rakyat sehingga sekarang apatah lagi apabila tuntutan untuk menubuh Suruhjaya Penambahbaikan Polis (IPCMC) sehingga sekarang tidak diwujudkan. "Ini juga menggambarkan polis masih belum pulih dari segi imej, integriti dan kreadibiliti mereka. Sekali gus dakwanya, menyebabkan beliau tidak ada keyakinan terhadap polis untuk berlaku adil kepada Anwar dan juga kepada rakyat. Berikut disertakan kenyataan penuh ucapan Timbalan Presiden PAS/Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa di Parlimen pagi tadi. Kami, Ahli Parlimen dari Parti Islam SeMalaysia, PAS merakamkan perasaan amat dukacita dan sedih berkaitan perbuatan konspirasi jahat terhadap peribadi Pimpinan Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato� Seri Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan nama baik. maruah dan kredibiliti beliau. Ternyata konspirasi jahat ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dan perhatian rakyat dari pelbagai macam krisis yang sedang melanda negara yang membebani rakyat dengan kos kenaikan saraan hidup akibat penarikan semula subsidi sebanyak RM13.7 bilion tentang bahan bakar; petrol dan diesel yang mencetuskan kesan berantai paling parah dalam krisis ekonomi negara. Rakyat juga nampak jelas bagaimana kepimpinan kerajaan BN yang sedang dilanda pelbagai tekanan dalaman sesama sendiri mahupun akibat dari kegagalan kepimpinan mereka mengurustadbir negara ini dengan baik, mahu mengalih perhatian rakyat supaya menumpu kepada isu-isu sensasi seperti ini. Tidak kurang juga tekanan yang terpaksa mereka depani terhadap isu pengambilalihan kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat yang semakin kencang bertiup dalam pelbagai media baru termasuk media perdana. Kami, ahli-ahli Parlimen PAS dengan ini menolak sebarang tuduhan jahat yang sekali gus membawa erti tuduhan "Qazaf" terhadap seorang peribadi Muslim yang diketahui umum sebagai seorang pemimpin di dalam negara ini, yang tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat di segi hukuman seandainya tidak dibawa bersama bukti-bulti yang kukuh seperti yang dituntut Syari'at. Kami juga sedar dan faham bahawa matlamat di sebalik keberanian melakukan dosa seperti ini adalah juga bertujuan untuk menghakis kepercayaan dan wibawa kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kami, Ahli Parlimen PAS yakin bahawa rakyat tidak akan mudah dipengaruhi dengan mainan 'skrip lama' dan akan menolak sebarang cubaan ini, meskipun dengan pelakon-pelakon baru dengan jalan-cerita yang dikitar-semula secara sensasi dan diperkukuh dengan kononnya bukti-bukti. Justeru ketidakpercayaan rakyat terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia, PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan rakyat secara profesional seperti yang pernah menimpa peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka kami ahli-ahli Parlimen PAS, menuntut supaya sebuah Badan Bebas Siatan Awam ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan jahat dan berat ini. - mns _ |
Monday, June 30, 2008
PAS dukacita terhadap konspirasi jahat ke atas Anwar Ibrahim
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, konspirasi, PAS
Anwar keluar dari kedutaan Turki
Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Jun 30, 08 6:30pm |
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar dari rumah rasmi duta Turki di Kuala Lumpur, tempat beliau berlindung sejak pagi Ahad lalu, dan menuju ke rumahnya. Sebelum itu seorang peguamnya Sankara Nair tiba di kedutaan tersebut jam 6.15 petang. |
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, malaysiakini
Cubaan Bunuh DSAI
Assalamua'laikum to all,
- Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;
- Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan.
- Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;
- Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;
- Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;
Zulkifli Noordin
0 comments Labels: bloggers united, DSAI
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan boikot ucapan Najib
Harakahdaily Intan Abdullah Mon | Jun 30, 08 | 5:58:28 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' Haji Pandikar Amin Mulia membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak membentangkan ucapan sokongan Penilaian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang dikemukakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, telah menyebabkan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati. Mereka lantas bangkit mengemukakan bantahan serta memohon penjelasan Pandikar atas kebenaran yang diberikan kepada Najib bagi menghuraikan hal tersebut. Namun Pandikar memberikan alasan bahawa pembentangan yang dibuat Abdullah sebelum ini tidak lengkap, tidak mencukupi serta mempunyai kelemahan. Untuk itu, kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar daripada dewan sebagai tanda protes. "Alasan yang dikemukakan speaker tidak dapat kami terima, kerana ia secara tidak langsung mencerminkan kelemahan Perdana Menteri," kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena). Tegasnya, ia tidak ditambah pada ketika ini memandangkan beliau boleh berbuat demikian pada sesi penggulungan. "Kalau beliau ingin membuat apa-apa penambahan mahupun penjelasan, beliau boleh menggunakan peluang ketika sesi penggulungan nanti. "Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang hendak membuat tambahan, kalau tidak cukup ruang semasa pembentangan sebelum ini, buat semasa sesi penggulungan," katanya. menurut Mahfuz, ianya hanya akan menghabiskan masa yang diperuntukkan untuk perbahasan sidang dewan. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pula berpendapat tindakan speaker membenarkan ucapan tambahan oleh najib sebagai melanggar peraturan mesyuarat sidang dewan. "Tindakan kami keluar adalah sebagai membantah ucapan Najib yang ternyata melanggar konvensyen dewan ini," katanya ketika ditemui di lobi parlimen. Jelasnya, ia membuktikan bahawa terdapat kelemahan dalam ucapan Perdana Menteri selain membuang masa sidang untuk mendengar penjelasan tambahannya. Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali (PAS-Gombak) mempertikaikan tindakan Abdullah yang mewakilkan timbalannya untuk membentangkan penjelasan tersebut sebagai bukti kelemahannya. "Kenapa PM wakilkan kepada orang lain? Kita tidak mahu terima penjelasan TPM," katanya. Tegasnya, ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak perlu memberikan reaksi kepada kenyataan tambahan selain apa yang berlaku menjelaskan kelemahan Abdullah yang sangat ketara. "Kenapa kita perlu respond kepada kenyataan tambahan?" katanya. Sebelum ini, Mahfuz (PAS-Pokok Sena), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berkali-kali bangkit menegur keputusan Pandikar yang memberikan ruang kepada Najib bagi membentangkan ucapan tambahan bagi pihak Perdana Menteri. "Tan Sri tidak boleh menggunakan ruang untuk perbahasan untuk membuat penjelasan, ini peraturan mesyuarat dan kita kenalah ikut. "Kalau tidak ia tidak bererti," tegasnya. namun, Pandikar menegaskan bahawa sekiranya Lim tidak berpuas hati dan ingin mengemukakan bantahan atau pandangan ianya hendaklah dibuat dalam bentuk usul. "Tetapi itupun saya tidak jamin akan menerimanya," katanya. Beliau berulang kali mengingatkan ahli-ahli parlimen yang terdiri daripada kalangan intelektual agar dapat menerima keputusan bagi meneruskan sidang untuk mendengar ucapan Najib. "Semua yang ada di sini ramai yang terdiri daripada peguam-peguam terkenal, harap dapat fahami keadaan dan terima keputusan ini," Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) juga beberapa kali membacakan peraturan mesyuarat. Walaupun begitu ianya tidak diendahkan langsung Speaker, menyebabkan semua ahli-ahli parlimen Pakatan Rakayat meninggalkan dewan. - mr_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, Pakatan Rakyat, parlimen
Najib nafi terbabit dalam isu Anwar
Malaysiakini |
Jun 30, 08 3:19pm |
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan yang beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat oleh seorang pembantu Anwar Sabtu lalu. Undang-undang antarabangsa |
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, malaysiakini, najib razak
Gani serah polis siasat 'konspirasi'
Peguam Negara enggan komen tuduhan Anwar
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terbabit dalam konspirasi politik bagi menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu.
Abdul Gani berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan Anwar bahawa tuduhan liwat ke atasnya dilakukan sebagai tindak balas terhadap bukti diperolehnya berhubung salah laku dan rekaan bukti dalam kes terhadapnya pada 1998 dan 1999.
"Jika dia (Anwar) tuduh begitu, adalah tidak adil. Saya sendiri tidak tahu apa bukti yang dikatakannya itu, hanya Tuhan yang tahu. "Jika benar bukti itu ada, biar dia (Anwar) yang keluarkan.
"Saya tidak mahu komen, biar polis siasat, tidak ada orang yang ditangkap atau dipanggil begitu saja, semuanya kena diperiksa betul-betul, termasuk saksi dan laporan perubatan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar dalam laman web mendakwa tuduhan liwat ke atasnya itu dilakukan pihak berkepentingan untuk menjatuhkan karier politiknya.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan tuduhan terbaru liwat terhadapnya tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan bukti berkenaan (terhadap Musa dan Abdul Ghani) kepada orang ramai.
Jumaat lalu, pembantu khas Anwar berusia 23 tahun, membuat aduan polis mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara dekat sini, Khamis lalu.
Anwar bagaimanapun, menafikan laporan itu dan mendakwanya ia adalah rekaan semata-mata.
Dalam satu kenyataannya, Anwar percaya ia adalah ulangan daripada apa dilakukan terhadapnya pada 1998 dengan dakwaan sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.
Mengulas lanjut, Abdul Gani berkata, adalah tidak adil baginya untuk membuat sebarang kenyataan sebelum polis menjalankan siasatan bagi menentukan kebenaran kes itu.
"Sama ada benar atau tidak dakwaan Anwar itu, biarlah polis siasat dulu. Jika saya cakap nanti tidak adil pula kepada Anwar.
"Saya yakin siasatan akan dijalankan dengan adil, tanpa menyebelahi mana-mana pihak," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi enggan memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan Anwar.
0 comments Labels: badan kehakiman, Berita Harian, DSAI, konspirasi
Penduduk bantah pelan bandar raya 2020, musnah pendidikan Islam
Harakahdaily Adnan Ibrahim Mon | Jun 30, 08 | 12:20:24 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Penduduk Kampung Padang Balang membantah draf pelan bandar raya Kuala Lumpur 2020 kerana tidak mengikut justifikasi tertentu terutama melebelkan kampung tersebut sebagai setinggan dan rumah usang serta terdapat motif menghancurkan pusat hafazan al-Quran, Darul Furqan. Pengerusi Jawatankuasa Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang, Zainal Abdidn Maas mendakwa seolah-olah terdapat perancangan tertentu memusnahkan 100 peratus pusat pendidikan Islam di kampung tersebut dengan pembinaan stesen pertukaran transit aliran ringan (LRT) di situ. "Mengikut pelan tersebut sekolah Darul Furqan habis lenyap kerana dibina stesen transit LRT Star yang pecah kepada tiga laluan lagi. Stesen di sini tidak masuk akal kerana jaraknya yang dekat tidak sampai satu kilometer terdapat tiga stesen LRT," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan penerangan berhubung pelan tersebut di majlis perjumpaan yang dihadiri hampir 500 orang penduduk Kampung Padang Balang di Masjid Saidina Ali di sini semalam. Menurut beliau, penduduk juga mempertikaikan draf pelan itu yang menyatakan taraf penduduk Kampung Padang Balang sebagai setinggan dan rumah usang. "Sedangkan kita ada geran tanah warna merah. Kita juga dibayar pampasan hanya RM7 sekaki persegi. Kalau ikut nilai semasa ada yang jual tidak kurang RM22 sekaki persegi," katanya. Beliau mewakili jawatankuasa masjid bergabung dengan majlis bertindak penduduk bagi Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak dan Kampung Puah dalam satu majlis permaufakatan. Ketiga kampung tersebut bertaraf Tanah Rizab Melayu dan hanya di antara baki-baki tanah berstatus tersebut yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kerana kerajaan tidak menganti balik rizab Melayu yang telah diambil mengikut keluasan yang sama. Mengikut Akta Tanah, pihak berkuasa hendaklah mengganti semula dengan keluasan yang sama Tanah Rizab Melayu yang diambil supaya hak keistimewaan tanah tersebut tidak hilang. Kampung tersebut dibuka sejak 1940-an lagi dan sudah sepatutnya diberi kelayakan dan setaraf Kampung Baru di Kuala Lumpur. Ia juga layak diisytihar kampung warisan, katanya. Sepatutnya pembangunan melibatkan kampung tersebut mengambil kira pandangan penduduk yang telah lama menetap di situ. Sebaliknya draf pelan yang dibuat itu langsung tidak berbincang dengan penduduk kampung terlebih dahulu, sambungnya. - mns _ |
0 comments Labels: anti Islam, Harakahdaily
Anwar kreatif cipta kontroversi – Khairy
Utusan Online
TEMERLOH 29 Jun – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (<----) menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang `kreatif’ dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.
Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja taktik untuk menarik perhatian masyarakat kononnya nyawanya terancam.
‘‘Saya sendiri tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai,” kata Khairy.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri perjumpaan dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai tindakan seorang pemuda yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar di ibu negara.
Pemuda berusia 23 tahun itu dan merupakan pembantu khas kepada Anwar telah membuat laporan di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang Khamis lalu.
‘‘Kononnya nyawa (Anwar) diancam, Anwar kini berlindung di Kedutaan Turki dan taktiknya bersembunyi di kedutaan asing mengiyakan pandangan sesetengah pihak selama ini beliau bersekongkol dan bekerjasama dengan kuasa asing.
‘‘Sepatutnya, jika benar nyawanya terancam, Anwar hendaklah membuat laporan polis dan bukannya berselindung di kedutaan asing di negara sendiri,” kata beliau.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan taktik tersebut dan sebaliknya biarlah polis membuat siasatan mengenai dakwaan tersebut.
0 comments Labels: DSAI, KJ beruk, utusan
Kenyataan Media DSAI dari Kedutaan Turki
JUN 29, 2008, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Saya mengeluarkan kenyataan ini dari Kedutaan Republik Turki di Kuala Lumpur. Saya dihantar ke kedutaan tersebut awal pagi ini kerana menyedari nyawa saya di dalam bahaya. Saya berterima kasih kepada mereka yang menawarkan bantuan di saat yang memerlukan dan saya terhutang budi kepada Duta Turki di sini atas kesediaan beliau untuk menerima saya.
Semenjak dari pilihanraya 8hb Mac, ada beberapa sumber yang boleh dipercayai dari dalam kerajaan dan juga perisikan tentera yang menasihati saya bahawa terdapat agen-agen kepimpinan Barisan Nasional telah pun memulakan plot untuk mencederakan saya, keluarga saya serta penyokong saya. Saya diberitahu kemungkinan adanya usaha untuk membunuh saya sebagai salah satu cara untuk menidakkan kehendak rakyat dan untuk mengakhiri proses perubahan yang sudah pun bermula di Malaysia.
Meskipun berhadapan dengan ancaman yang bertujuan untuk menutup mulut saya, keterangan baru mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan jenayah di dalam memalsukan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998 akan tetap didedahkan kepada umum.
Tuduhan yang dibuat pada hari Sabtu tersebut tidak lebih dari satu ulangan peristiwa yang berlaku pada tahun 1998 apabila saya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, lalu dikurung dan dipukul, kemudiannya didakwa serta disabitkan bersalah di atas perbuatan yang tidak saya lakukan oleh sebuah mahkamah kangaroo.
Penipuan ini jelas dirancang oleh kepimpinan korup Barisan Nasional yang menggunakan seluruh aparat kekuasaan kerajaan termasuklah dengan mengawal badan kehakiman, pihak polis dan juga cengkaman ke atas media perdana. Perancangan jahat ini diulangi oleh kerajaan Barisan Nasional, bertujuan untuk melemahkan arus perubahan dan pembaharuan yang meletus semenjak pilihanraya Mac 2008.
Saya ingin menyatakan kepada keluarga saya, rakan-rakan dan juga penyokong di Malaysia bahawa saya berada di dalam keadaan selamat dan tetap teguh seperti sebelumnya untuk terus berjuang demi Malaysia yang bebas dan adil.
ANWAR IBRAHIM
*
I am issuing this statement from within the embassy of the Republic of Turkey in Kuala Lumpur. I was transported to the embassy earlier this morning fearing that my personal safety was in danger. I thank all those who offered to assist me in this time of need and am grateful to the Turkish Ambassador for extending an invitation to seek refuge within the Embassy.
Since the March 8th elections, numerous credible sources from within the government and military intelligence have advised me that certain agents from within Barisan Nasional leadership have initiated plots to cause harm to me or my family or my supporters. I have been told that my assassination has not been ruled out as means to subvert the people’s will and bring an end to the transformational changes taking place in Malaysia.
Notwithstanding the threats which are intended to silence my voice, I intend make public new evidence implicating that the Inspector General of the Police Musa Hassan and the Attorney General Gani Patail engaged in criminal acts of fabricating evidence in cases launched against me in 1998.
The allegations that have been made against me on Saturday are nothing more than a replay of the events which transpired in 1998 when I was sacked from the office of the Deputy Prime Minister, jailed and beaten, and then charged and convicted by a kangaroo court for crimes which I never committed. This charade was orchestrated by a corrupt Barisan Nasional leadership which made use of the entire apparatus of the state power including its control of the judiciary, the police force, and its grip on the mainstream media. These actions are being repeated today to undermine the forces of reform and renewal which were unleashed in the March 2008 elections.
I would like to assure my family, friends and supporters in Malaysia that I am safe and remain committed as ever before to continuing the struggle for a free and just Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
0 comments Labels: DSAI, kenyataan media, koleksi video, konspirasi
Tokoh PKR saman Saiful
Malaysiakini |
Jun 30, 08 2:40pm |
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhubung dengan dakwaan liwat. Anwar katanya, sedia mencabar laporan yang dibuat oleh Saiful bagi mempertahankan reputasi politiknya. Foto Saiful dengan pembantu Najib Sivarasa juga mendakwa, isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mempunyai bukti dalam bentuk sekeping foto yang menunjukkan Saiful bergambar dengan seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Najib di Putrajaya. Dalam satu sidang akhbar hari ini, Najib menafikan terbabit dalam sebarang konspirasi politik untuk mencemarkan karier politik Anwar. Katanya, foto mereka berdua itu dirakamkan ketika Saiful datang ke pejabat pegawai khasnya itu untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya. Ditanya apakah tindakan PKR selanjutnya, Sivarasa berkata, Anwar sedang menimbang untuk membuat laporan polis terhadap Saiful. Beliau berkata, pihaknya sedang menimbang untuk membuat laporan polis itu berasaskan kepada bukti yang ada dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Sementara itu, Sivarasa juga membuat dakwaan terhadap Peguam Negara Tan (AG) Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan. |
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, malaysiakini
LAGI GAMBAR ISU TERBARU ANWAR
0 comments Labels: DSAI, gambar, konspirasi, mstar online
Anwar tidak dikhianat - PM
Utusan Online
PUTRAJAYA 29 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang terkejut dengan dakwaan penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat berkata, pihak polis wajar menyiasat laporan yang dibuat oleh pembantu khas pemimpin politik itu.
Tegas Perdana Menteri, siasatan perlu dilakukan bagi memastikan kebenaran dakwaan tersebut.
Menurut Abdullah, beliau tidak mengetahui langsung tuduhan ke atas Anwar tetapi ada mendengarnya daripada seseorang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
''Sebab itu saya nak pastikan, saya kena tanya reporter (wartawan) apa halnya sebab reporter ni tahu macam-macam.
''Kalau dah begitu, pihak polis kena ambil tindakan ke atas laporan yang diberikan kepada mereka.
''Soal apa yang Datuk Seri Anwar kata (nafikan), itu bukan sesuatu yang boleh kita tentukan... dia tentulah buat penafian kerana lazimnya begitulah, orang yang dituduh akan buat penafian," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan program Bumi Hijau Warga Putrajaya Bersama Perdana Menteri di Presint 9 di sini hari ini.
Perdana Menteri mengulas tindakan Anwar menafikan laporan polis mengenai dakwaan meliwat seorang pembantunya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyifatkan dakwaan itu 'hanya rekaan semata-mata'.
Petang kelmarin, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di Balai Polis Traves di ibu negara, yang mendakwa dia telah diliwat oleh seorang pemimpin politik.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, siasatan terperinci akan dilakukan ke atas laporan lelaki berkenaan yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.
Ditanya mengenai kenyataan Anwar yang menyifatkan dakwaan liwat itu bertujuan menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu, Abdullah berkata:
''UMNO tidak fikir nak kacau dia macam itu... BN (Barisan Nasional) tidak fikir nak susahkan, nak kacau dan nak timbulkan perkara-perkara macam ini... nak buat perkara yang dia tak buat, kita tidak ada niat seumpama ini."
Tegas Perdana Menteri: ''Tidak terlintas di hati saya langsung untuk buat dan khianati dia dan saya percaya kawan-kawan saya dan Datuk Seri Najib (Tun Razak) tidak fikirkan perkara ini."
Menurut Abdullah, orang yang terlibat dalam dakwaan itu berhak membuat laporan dan mana-mana pihak termasuk kerajaan tidak boleh menegahnya daripada berbuat demikian.
''Benda sudah berlaku, orang yang terlibat sudah pun buat laporan...kita nak buat apa.
''Kita (juga) tidak ada rancangan untuk buat sesuatu ke atas dia (Anwar) kerana dia kata sudah pulih dalam politik," katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah enggan mengulas identiti lelaki yang membuat laporan tersebut tetapi PKR menamakan lelaki itu sebagai pembantu khas Anwar.
Menurut Chin Ah, pihaknya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menahan Anwar dalam masa terdekat walaupun satu mesej dihantar oleh PKR memberi amaran pemimpin itu akan ditahan minggu ini.
2 comments Labels: bohong rakyat, DSAI, Pak Lah undur, utusan
Liwat: Usaha terancang sekat kemaraan Pakatan kuasai Putrajaya
Harakahdaily Salmah Mat Husain Sun | Jun 29, 08 | 6:41:08 pm MYT | |
KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Isu dakwaan liwat kononnya dilakukan Dato' Seri Anwar Ibrahim dianggap usaha terancang pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam masa terdekat ini. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tuduhan liwat kali kedua terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatnya sebagai usaha menyekat kemaraan kerajaan baru yang semakin mara ke Putrajaya. "Akibat keutuhan kerjasama dan pengaruh Pakatan, pihak lawan menghidupkan semula pertuduhan lapuk dengan harapan sekali lagi Anwar cuba dibuktikan melakukan kesalahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini. Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum KeADILan terbabit. Bagaimanapun Anwar menafikan segala tuduhan itu. Husam berkata, pertuduhan pertama pada 1998 yang masih segar di ingatan rakyat sehingga meninggalkan kesan yang besar kepada senario politik negara. "Betapa ia bukan sekadar hampir meranapkan karier politik Datuk Seri Anwar, bahkan keaiban yang sudah pasti mencemar nama baik dan maruah beliau serta keluarga. "Secara sedar atau tidak, kezaliman yang terhasil dan implikasi pertuduhan yang melibatkan banyak pihak tentunya memberi kesan yang negatif kepada semua individu yang terbabit," ujarnya. Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkeyakinan penuh konspirasi terbaru yang terdesak itu tidak akan berjaya memandangkan rakyat dapat menilai sendiri. Oleh itu kata beliau jaminan terbaik untuk memastikan keadilan ditegakkan dalam dakwaan itu Islam menetapkan empat saksi perlu dibawa bagi menyokong tuduhan dibuat. "Penekanan terhadap soal keadilan dan soal memperhalusi setiap pertuduhan boleh membawa mereka yang menuduh diambil tindakan sekiranya tuduhan itu ternyata palsu. "Peristiwa di mana lima Adun PAS Kelantan diculik pada 1964 seharusnya dijadikan peringatan dan saya pasti sikap rasional semua pihak dapat mengelakkan peristiwa seumpama itu berulang kembali," ujarnya. Sementara itu, penganalisis politik berhujah isu itu kemungkinan besar dicetus bagi menenggelamkan banyak konflik membabitkan pemimpin kanan Umno termasuk akuan bersumpah blogers, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa pembabitan isteri Timbalan Perdana Menteri dalam kes Altantuya. Selain itu, perpecahan dalaman Barisan Nasional (BN) di mana Parti Maju Sabah (SAPP) secara jelas menyatakan sudah tidak yakin lagi dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Sepatutnya konspirator yang mencetus isu tersebut belajar sejarah kegagalan BN pada pilihan raya umum lalu dan 1999 kerana isu yang hampir sama dicetus hari ini. "Kesilapan strategi ini akan menyebabkan kerajaan BN semakin cepat tumbang apabila rakyat tidak mampu lagi membendung kebencian mereka,". - mj _ |
2 comments Labels: Harakahdaily, Pakatan Rakyat
Saiful Bukhari Azlan: the mole in Anwar Ibrahim's office
Malaysia today
The following photographs were sent to us on 12th March 2008, soon after the 12th General Election. After it became known that he is a mole planted in Anwar Ibrahim's office, the trap was laid to turn the hunter into the hunted. And, true to form, the hunter laid his trap only to walk into it himself, with devastating results.
Bergambar dengan Shahrir Samad (Ahli Parlimen BN Johor Bahru)
Bergambar dengan Mustapha Mohamad (Menteri Pengajian Tinggi)
Bergambar dengan Azalina Othman (Menteri Belia dan Sukan)
Bergambar dengan Khairil Annas Jusoh (Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak)
0 comments Labels: DSAI, gambar, konspirasi, malaysia today
Report polis dibuat Saiful ke atas DSAI
Rockybru
The following police report was made on 28 June 2008 at 5.45 PM by Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, who turns 23 next week (i/c no 850706-01-5687):
"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."Logically, people who pooh-poohed RPK's statutory declaration and saw it as a political ploy will pooh-pooh this police report and see unseen hands, too. And vice versa, right?
I never believed Anwar was a sodomite, just as I don't believe Rosmah was there at the scene of Altantuya's murder. My belief, however, makes no difference to the people who believe that Anwar is indeed a sodomite and to the people who have already made up their minds that Najib must be linked to the Mongolian's murder.
There are fanatics among us today and we live in difficult times.
My advice (to those who aren't yet fanatics) is still the same: let the police investigate the claim. If it goes beyond that, let the courts hear the case.
After all, don't we have a more credible judiciary now? A more credible police force? A more courageous civil society movement? A freer and more democratic Press under Prime Minister Badawi.
Badawi says his Government has nothing to do with the sodomy police report against DSAI. He says he was shocked. Click here to read his shock. And Anwar says the police report by his private assistant was total fabrication, here.
0 comments Labels: bloggers united, DSAI, konspirasi
Kelantan Cadang Buka Stesen NGV, Terengganu Ketinggalan Lagi ?
Buletin Online |
Ditulis oleh SM Noor | |
Sunday, 29 June 2008 | |
Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS telah menawarkan hak ekslusif kepada mana-mana syarikat petroliam yang berhasrat untuk melabur dalam membekalkan kemudahan gas untuk kenderaan (Natural Gas Vehicle) Bayangkanlah, RM 500 juta yang dibelanjakan untuk Pulau Duyong dan Pulau Wan ! sebanyak RM 1 bilion untuk kegunaan kerajaan akan datang, sekiranya mendapat bayaran tunai royalti minyak pada bulan September yang akan datang. Namun langkah tersebut hanyalah dapat diambil sekiranya pemimpin UMNO Terengganu benar-benar bertanggungjawab bagi membantu rakyat |
0 comments Labels: buletin online, Kelantan, terengganu
Sunday, June 29, 2008
Untuk keselamatan, Anwar ditempatkan di Kedutaan Turki - Azmin
Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sun | Jun 29, 08 | 5:40:41 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ditempatkan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan. Naib Presiden Azmin Ali mengesahkan bahawa Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya. "Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6.00 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin. Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut. Kini para penyokong KeADILan sedang mula berkumpul di kedutaan tersebut bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar. _ |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily
Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar - Nik Aziz
Harakahdaily Lanjusoh Sun | Jun 29, 08 | 2:23:00 pm MYT | |
PENGKALAN CHEPA, 29 Jun (Hrkh) � Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik. �Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni,� katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini. Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit. Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998. Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat. Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat. Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa. �Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu. �Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain. �Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh,� ujar beliau. Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain. Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang. Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan. Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi. �Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak,� katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang. �Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini,� katanya. Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap seseorang mesti ada bukti yang jelas dan tidak boleh dibuat sesuka hati. - mj _ |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, konspirasi, TGNA
PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya
Malaysiakini |
Muda Muhd Noor & Jimadie Shah Othman | Jun 29, 08 2:13pm |
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya. Buka mata |
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, malaysiakini, PKR
Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib
Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sun | Jun 29, 08 | 2:13:55 pm MYT | |
SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof. Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang. Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar. Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan. Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar. Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar. Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin. Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar. Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir. Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam. Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Sumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar. Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata. Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999. Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini. Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat. Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu. Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu. Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar. Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu. Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat. Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat. Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar. Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya. Laporan lanjut menyusul./wann_ |
0 comments Labels: DSAI, DSWA, Harakahdaily, konspirasi, najib razak
Celakalah musang berbulu ayam!
Bila aku mendapat berita dari sahabat pukul sembilan malam tadi berkaitan cubaan menjatuhkan Anwar dengan mengenakan tuduhan liwat sekali lagi, terus aku teringat kepada sorang lagi sahabat aku yang pernah menjuarai pertandingan Blog anjuran Friedrich Naumann Foundation tentang “musang berbulu ayam” di pejabat DSAI. Untuk yang belum pernah membaca tulisan sdr Najwan, boleh layari tulisan beliau di :
- Musang Berbulu Ayam (Part 1)
- Musang Berbulu Ayam (Part 2)
- Musang Berbulu Ayam (Part 3) - diturunkan atas arahan “staff” dari pejabat DSAI.
Dah baca? Kesimpulannya? Mudah…
Macamana nak tutup bunyi letupan C4? Dengan meletupkan lagi satu C4.
Aku kenal siapa musang berbulu ayam secara individu. Baru hari Jumaat lepas bersalaman dan bertuangan teh di rumah DSAI dalam satu perbincangan ringkas.
Dimaklumkan bahawa DSAI baru mengetahui tentang kelibat individu ini melalui penulis musang berbulu ayam selepas beliau pulang dari umrah tempohari. Individu ini mungkin telah merasa dirinya tidak selamat lagi di office DSAI - dan tauke C4 rasa sebelum beliau dipecat dan menuduh lebih baik bekerja dan dituduh. Ada yang mengatakan bahawa kemungkinan juga individu ini “dipaksa”. Melihat gambarnya dengan P.A Najib di sebelah tersenyum gembira, aku lebih suka nampak “Azizan” daripada “Munawar”.
Dan pada hari ini, meletuplah C4 yang ditunggu2 oleh tauke C4 tanah melayu bagi menutup pertuduhan terhadap dirinya dalam akuan bersumpah Pet yang sampai sekarang dingdongnya entah ke mana.
Anwar mungkin ditangkap dan ditahan atas isu ini. Silakan. Jika ada prima facie (betoi ka eja ni?), sila adili dia di mahkamah terbuka dengan membenarkan pemerhati dunia mengikuti prosiding. Pak Lah, buktikan mahkamah kamu sekarang lebih adil dari mahkamah mahadet.
Dalam masa yang sama jangan kalian lupa tentang akuan bersumpah Pet. Heret Pet bersama ke mahkamah dan panggil semua saksi2 tanpa ugutan! Buktikan Rosmah dan Najib tidak terlibat “beyond reasonable doubt”! Jangan kalian lidah bercabang dan hanya bermuka2 untuk menutup kesalahan sendiri!
Rakyat sudah dihimpit dengan inflasi yang melampau, beban hutang yang tinggi, kos hidup yang tak tertanggung, dan jenayah yang semakin parah. Rakyat sudah tidak ada apa lagi untuk dipertahankan.
Yang ada cuma maruah dan semangat untuk kembali bangun menentang kezaliman!
Ayuh Pak Lah! Rakyat pantang dicabarr!!!
0 comments Labels: bloggers united, DSAI, konspirasi
Tuduhan liwat - cubaan tutup lubang C4 buatan Rosmah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Agak lama saya merenung dan mengamati cerita terbaru DS Anwar Ibrahim (DSAI) yang dituduh meliwat pembantunya. Ikut pada sipnosis cerita yang baru saja meletup di pasaran sejak semalam membuatkan saya dengan mudah menjangka apa yang akan berlaku selepas ini. Sebenarnya, tuduhan mirip malapetaka 1998 ini sememangnya dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik dan juga orang yang rapat dengan DSAI. Telaah sahaja tulisan seorang blogger tentang ini. Memang gerak-geri musang ini dapat dihidu dan dilihat, mungkin kerana ianya tidak sedar bahawa ianya berbulu ayam. Musang berbulu ayam inilah yang membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, jam 6 petang di Balai Polis Jalan Travers mengatakan dia diliwat oleh DSAI. Sejauh mana kebenarannya, kita serah kepada yang ESA.
Kenyataan Media DSAI
Sejurus selepas berita tergempar ini tersebar, DSAI membuat kenyataan media untuk menjelaskan kedudukan sebenar. DSAI menafikan tuduhan yang dibuat ke atasnya dengan mengatakan ianya adalah tuduhan yang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadapnya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Menurut DSAI lagi, laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang beliau sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang diperolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkannya pada tahun 1998 hingga 1999.
Ulangan Malapetaka 1998
Adakah DSAI akan ditangkap?? Kalau ikut reaksi Pak Lah, saya rasa DSAI akan ditangkap dan bermulalah episod malapetaka 1998 yang diolah semula oleh para bajingan politik yang merasakan kedudukannya semakin goyah dan cara diktator inilah yang membolehkan bajingan-bajingan ini terus duduk di tampuk tertinggi, melahap kekayaan negara dan terus meluahkan 'muntah' yang dijilat sedap oleh pendokong dan penyokong kerajaan bajingan ini sementara 'muntah' ini tetap berbau busuk dan hanyir bagi rakyat yang celik mindanya. 2 individu yang sememangnya jelas dan nyata terlibat dengan konspirasi menjatuhkan DSAI pada 1998 masih lagi memegang kuasa keramat untuk memastikan kerajaan bajingan ini untuk terus hidup walaupun semakin lama semakin tunduk mahu menyembah bumi. Mereka adalah Ketua Polis Negara (KPN) dan juga Peguam Negara (AG). Nama kedua-dua individu ini sudah cukup untuk saya mengatakan bahawa ini adalah k0nspirasi jahat untuk menjatuhkan DSAI.
Memesong perhatian
Pada saya, tuduhan ini tak lain tak bukan adalah untuk memesongkan perhatian rakyat Malaysia tentang kes Rosmah, isteri DS Najib sebagaimana dakwaan dalam pengakuan bersumpah RPK ini. Pengakuan bersumpah RPK yang mengatakan Rosmah ada di tempat kejadian semasa Altantuya diletupkan, lebih menampakkan realiti penglibatan Rosmah di dalam kes yang mendapat perhatian media luar negara terutamanya Mongolia. Rakyat yang semakin berminat untuk mengetahui cerita sebenar Altantuya yang mati diletupkan C4 ini, tiba-tiba diletupkan oleh cerita karut berlagu lama ciptaan bajingan politik yang sememangnya mencetus pemerhatian rakyat ke arah letupan baru ini. Kita sebagai rakyat minda kelas pertama tidak akan mudah terpesong perhatian ke arah letupan yang palsu, mungkin hanya sekadar memaling kerana terkejut dan akan berpaling semula kepada letupan yang dikatakan ramai, perbuatan isteri Najib ini. Ayuh rakyat Malaysia!!! sedarkan semua tentang ini!!!!
Wallahualam.......
-------------------------------------------------
catatan orangkita : 29 Jun 2008, 0400 pm
http://sangpemantau.blogspot.com/
-------------------------------------------------
0 comments Labels: Altantuya, catatan orangkita, DSAI, konspirasi
Kehadiran kereta polis cemaskan penyokong Anwar
Malaysiakini |
Jun 29, 08 9:27am |
Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Hotel Quality Shah Alam 'cemas seketika' seketika pagi ini apabila dua buah kereta peronda polis muncul di depan pintu utama hotel tersebut kira-kira jam 8.40 pagi tadi. PKR mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar. Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu. Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, polis
KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA - Anwar Ibrahim
— PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE —
June 29, 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA
The police report lodged against me earlier today is a complete fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress. This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice.
The report has been organized by interested parties to attack me in retaliation for evidence I have recently obtained implicating IGP Musa Hassan and the AG Gani Patail in misconduct including fabrication of evidence in the cases launched against me in 1998-1999. This vile attack will not prevent me from releasing this dossier to the public.
I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks. We expect the media, the judiciary and the police force to all come under the direct and unchecked control of the executive.
My fellow Malaysians - we took a bold step forward on March 8th towards a new dawn for freedom and justice for all of our citizens. This people’s movement for change must go on with all of our strength and conviction.
ANWAR IBRAHIM
Versi Bahasa Malaysia
— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —
29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.
ANWAR IBRAHIM
0 comments Labels: DSAI, kenyataan media, koleksi video, penjelasan isu
Kronologi 29 Jun: Anwar punya dokumen babitkan Musa Hassan dan Ghani Patail
10.30 pagi: Tian Chua mengumumkan pelacaran deklarasi Selamatkan Malaysia oleh Pakatan Rakyat dan NGO esok di Parlimen
8.30 pagi: Dua kereta peronda Polis berada di hadapan hotel. Menurut salah seorang pegawai berkenaan mereka diarahkan kesana untuk mengelakan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Setelah ditegur oleh petugas parti, 10 minit kemudian. kenderaan berkenaan beredar meninggalkan kawasan hotel.
8.00 pagi: Beberapa pimpinan tiba di lobi dan ke kafeteria. Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat dan Seminar Gagasan dan Kebijakan Parti Keadilan (yang dihadiri oleh semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi) diteruskan seperti biasa. Anwar dijangka mengadakan sidang media tengah hari ini.
5.00 pagi: SMS Dari Sistem pesanan ADILnews, Anwar Ibrahim mempunyai dokumen baru mengenai Pembabitan Musa Hassan dan Ghani Patail yang merekacipta bukti palsu dalam kes Anwar 1998. Dan kerana itu, ada cubaan untuk menangkap Anwar.
5.00 pagi: Sumber mengatakan akan ada satu laporan polis akan dibuat pada jam 9 pagi ini.
2.30 pagi: Ahli Parlimen Machang Saifudin Nasation membuat kenyataan media bahawa tuduhan keatas Anwar adalah berniat jahat.
2.15 pagi: Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim
1.15 pagi: Sidang Media tergempar oleh Naib Presiden KeADILan, R SIvarasa yang membacakan teks kenyataan Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan berkenaan Anwar berkata beliau mempunyai bukti kukuh tentang pembabitan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara mengenai kes berkenaan pada tahun 1998.
Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh barisan peguam serta kepimpinan tertinggi KeADILan.
10.00 malam (28jUN): Sekurang-kurangnya 1000 orang berkumpul di perkarangan Hotel Quality setelah tersebar dakwaan seorang pemuda yang menuduh secara jahat bahawa Anwar telah mencabul beliau.
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, suara keadilan