skip to main | skip to sidebar

Tau Takpe

memantau biarlah seperti burung....

  • Laman Utama
  • Catatan OK
  • Koleksi Video
  • Koleksi gambar
  • Pautan laman
  • E-mail OK
+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 4, 2008

MB Perak Akan Mengadap Sultan Perak, Serah Watikah Mohon Ampun

Posted by Sang Pemantau at 12:30 AM

Bernama

03 Mei, 2008 20:37 PM


IPOH, 3 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyerahkan watikah memohon ampun secepat mungkin atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran dengan serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).

Mohammad Nizar berkata beliau amat menghormati titah Sultan Azlan Shah berhubung perkara itu.

"Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak. Saya akan memohon mengadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin," katanya kepada Bernama menerusi satu kenyataan di sini Sabtu.

Sementara itu, Datuk Jamry Sury ketika dihubungi Bernama, berkata beliau masih belum menerima sebarang keputusan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengenai kedudukannya sebagai Pengarah Jaip berikutan titah Sultan Azlan Shah semalam yang mahukan beliau mengekalkan jawatannya.

Jamry, yang dijangka mengadap Sultan Azlan Shah pada Selasa ini mengenai perkara itu, berkata: "Setakat ini saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas mendapat nasihat daripada pihak istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Saya amat menghormati titah Sultan Perak (semalam). Setakat ini keputusan belum pasti lagi dan belum ada apa-apa lagi," katanya.

Jamry, yang bertugas sebagai pengarah Jaip sejak tahun 2004, diarah bertukar dengan serta merta ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas oleh Mohammad Nizar pada 29 April kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.

Semalam, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran itu yang dibuat Selasa lepas.

Arahan itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dititah untuk mengadap baginda di Istana Raja Muda Perak pada 11 pagi semalam untuk menyembah maklum kepada baginda berhubung arahan pertukaran Jamry.

Dalam kenyataan itu kerajaan negeri diminta mempersembahkan secara rasmi kepada Sultan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan oleh Jamry terhadap pentadbiran kerajaan negeri untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya.

Menurut kenyataan itu, Mohammad Nizar dimaklumkan bahawa hubungan kerja yang menghormati Sultan merupakan konvensyen dan budaya kerja yang sentiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Menteri Besar dengan pihak Istana selama ini.

Pada 29 April lepas, Jamry telah diarah bertukar dengan serta merta oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.

Beliau yang memegang jawatan itu selama tiga tahun sejak 2004 juga didakwa tidak diberi peluang untuk meminta penjelasan berhubung pertukarannya serta peluang untuk membela dirinya.

Mohammad Nizar kemudiannya menjelaskan bahawa tindakan menukar serta merta Jamry itu adalah satu proses perpindahan biasa bagi kakitangan kerajaan negeri.

-- BERNAMA

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: bernama, MB perak, Sultan

Kelantan sedia eksport dasar pentadbiran ke negeri Pakatan Rakyat

Posted by Sang Pemantau at 12:26 AM

Harakahdaily

Lanjusoh

Wed | Apr 30, 08 | 3:42:53 pm MYT


KOTA BHARU, 30 April (Hrkh) � Kelantan sedia mengeksport dasar-dasar pentadbiran yang telah lama diperkenalkan di negeri ini untuk dikongsi bersama negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Teras pentadbiran yang diperkenalkan di Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu iaitu Ubudiah, Masuliah dan Itqan boleh menjadi model kepada negeri lain.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan timbalannya, Muhammad Fairoz Khairuddin menyatakan minat untuk meniru pentadbiran yang dilaksanakan di Kelantan.

�Lim Guang Eng memberitahu akan menggunakan pendekatan sebagaimana diamalkan Omar Abdul Aziz, khalifah Islam yang masyhur di zaman lampau.

�Ini secara jelas inti pentadbiran yang berteras Membangun Bersama Islam telah diterima negeri-negeri Pakatan Rakyat biar pun ia tidak diisytihar secara rasmi,� katanya ketika menjawab soalan Mohd Adhan Kechik (BN � Bukit Bunga) pada persidangan Dun di sini, hari ini.

Persidangan Dun kali ini agak kurang hangat memandangkan pembangkang hanya mempunyai enam wakil. Barisan pembangkang diketuai Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN � Kok Lanas). Hari ini beliau tidak kelihatan ketika persidangan berlangsung.

Menjawab soalan tambahan Ustaz Mohamed Mustapha (PAS � Demit) katanya aspek pentadbiran yang sebelum ini hanya tercatat dalam kitab dan buku-buku Islam sudah dilaksanakan di Kelantan sejak 18 tahun lalu.

Contohnya kata beliau kerajaan negeri membenarkan orang bukan Islam minum arak yang menggambarkan keadilan Islam kepada kaum-kaum lain.

�Malah Menteri Besar mahu hak-hak orang bukan Islam dipertahankan termasuk dibenarkan sebuah kuil Hindu dibina di Jalan Hamzah, sedangkan perkara itu tidak berlaku pada masa lampau.

�Melalui hubungan dan komunikasi itu secara tidak langsung telah dapat menarik sokongan orang India kepada PAS dan pembangkang sehingga mencapai kejayaan cemerlang pada pilihan raya umum lalu,� ujarnya.

Begitu juga katanya, sistem pajak gadai Islam (Ar Rahn) yang dilaksanakan di Kelantan telah ditiru banyak pihak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Utiliti, Alam Sekitar dan Perumahan, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, pembinaan jejantas yang melintasi landasan kereta api di Pasir Mas sudah mencapai kemajuan lebih 20 peratus.

�Sehingga kini sebanyak RM5.5 juta sudah dibelanjakan. Projek itu dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2009,� katanya menjawab soalan Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS � Chetok).

Menjawab soalan tambahan Haji Hanifa Ahmad (PAS � Pengkalan Pasir) kata beliau fasa pertama projek itu dikendalikan sepenuhnya kerajaan negeri.

Bagaimanapun bagi fasa kedua yang melibatkan pembinaan jalan susur sepanjang 1.5 km sedia dibincangkan dengan kerajaan Persekutuan bagi mendapat kemudahan tertentu.

Menurutnya kerja-kerja pengambilan tanah bagi membina jalan susur tersebut sedang dijalankan dan reka bentuknya disiapkan Jabatan Kerjaraya.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, sehingga sekarang terdapat 10 kedai yang dikenali sebagai K � Pasar Halal Shop yang beroperasi di Kelantan.

Menjawab soalan Haji Ismail Yaakub (PAS � Manek Urai) katanya sebanyak 10 kali rangkaian kedai serupa akan dibuka tahun ini.

Selain itu sebuah K Pasar yang bertarat hypermarket akan dibuka di Kelantan menjelang tahun 2010.

Persidangan Dun Kelantan berakhir tengahari tadi selepas dua rang undang-undang yang dibentang diluluskan.

Selain itu, Speaker, Ustaz Nasharuddin Daud mengumumkan kerajaan negeri menangguhkan pemilihan anggota Dewan Negara yang sepatutnya diadakan semalam. - mj

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: Harakahdaily, Kelantan, Pakatan Rakyat

Kedah pertimbang naik elaun guru Kafa

Posted by Sang Pemantau at 12:22 AM

Mstar Online

03-05-2008 02:53:43 PM

ALOR STAR: Kerajaan negeri Kedah sedang mempertimbang untuk menaikkan kadar elaun 2,772 guru Kelas Asas Fardu Ain (Kafa) termasuk 44 orang penyelia.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta untuk tujuan tersebut.

"Bagaimanapun kita masih mengkaji jumlah peratus kenaikan elaun untuk setiap guru Kafa berkenaan.

"Jumlahnya akan diberi mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri," katanya selepas merasmikan mesyuarat Agung Guru-guru Kafa peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.

Pada masa ini guru-guru Kafa di negeri ini menerima kadar elaun antara RM500 hingga RM530 mengikut gred masing-masing.

Mengenai pembukaan 1,500 hektar kawasan tanah sawah baru bagi meningkatkan jumlah pengeluaran padi, Azizan berkata peruntukan bagi tujuan tersebut sudah ada dan kini hanya menunggu laporan teknikal daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

"Kerajaan negeri menyediakan tanah, sebarang perancangan dari segi teknikal diserahkan kepada Mada," katanya.

Selain tidak membenarkan sebarang pembangunan dilakukan di kawasan tanah sawah, kerajaan negeri juga turut mengenalpasti beberapa kawasan pinggir Mada di negeri ini untuk dijadikan kawasan tanah sawah baru. BERNAMA

Read More...

Summary only...

 

1 comments Labels: bela rakyat, mstar online, PR Kedah

Soalan DAP ditolak gara-gara OSA

Posted by Sang Pemantau at 12:21 AM

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 2, 08 4:36pm

Akta Rahsia Rasmi (OSA) penghalang utama memeriksa perbelanjaan selenggara pesawat pejuang apabila soalan seorang ahli parlimen DAP Liew Chin Tong tidak boleh dijawab.

Soalan itu, untuk jawapan bertulis, ditolak oleh Dewan Rakyat atas alasan maklumat tersebut "rahsia rasmi negara", katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Liew berkata, penolakan itu dimaklumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat, Roosme Hamzah, dengan merujuk Peraturan Tetap 23(1)(f) iaitu dilarang mengemukakan soalan bagi mendapatkan apa juga maklumat dianggap yang rahsia.

Liew bagaimanapun tidak menyebut tarikh beliau dimaklumkan tentang perkara itu.

najib arms procurement defense 290307 sukhoi submarineSoalannya berbunyi: Minta menteri pertahanan memberitahu kos penyelenggaraan setiap model pesawat utama RMAF seperti MIG-29N, SU-80MKM, Hawk 200, F/A-18 setiap tahun sejak 2004 dan jumlah penerbangan purata setiap tahun setiap model pesawat sejak 2004.

"Saya tidak berpuas hati dengan klasifikasi yang diberikan atas soalan tersebut yang diletakkan bawah rahsia rasmi," katanya, yang juga ahli strategi pilihanraya kepada setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

"Saya melihat bahawa tidak alasan yang sepatutnya diberikan mahupun satu rahsia sekiranya persoalan (saya) itu merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan kewangan."

Dengan larangan ini, tambahnya, Kementerian Pertahanan tidak telus berkaitan barangan dan perkhidmatan bawah kementeriannya.

"Penting untuk dinyatakan di sini bahawa terdapat keperluan dalam kalangan ahli parlimen untuk meneropong perbelanjaan kementerian tersebut."

Sementara itu, Bernama melaporkan, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mencadangkan agar OSA digantikan dengan Akta Maklumat bagi membuktikan keikhlasan kerajaan dalam memberi kebebasan kepada media dan orang ramai untuk mendapatkan maklumat.

nuj journalist forum 050907 norila daudPresiden kesatuan itu Norila Md Daud dilaporkan berkata Akta Maklumat akan menjadi bukti wujudnya sebuah pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab seperti yang diimpikan selama ini.

"Pemilik media juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi ruang kepada wartawan menunaikan tanggungjawab mereka secara profesional, tanpa rasa takut dan pilih kasih," beliau dipetik sebagai berkata dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga dilaporkan mendakwa kebanyakan media arus perdana dilarang menyiarkan atau mengetengahkan isu tertentu yang ada kaitan dengan kepentingan awam atas arahan "pihak atasan".

"Pada era digital ini, rakyat Malaysia sudah matang dan tidak mudah tertipu oleh laporan berita yang berat sebelah.

"Oleh itu, pemilik media arus perdana perlu memahami kehendak pembaca yang sudah matang atau menghadapi risiko bahan penerbitan mereka diketepikan," kata Norila lagi.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: DAP, malaysiakini, OSA

Buku, VCD pendedahan jenayah menteri tersebar luas

Posted by Sang Pemantau at 12:14 AM

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Agendadaily
Sabtu, 03 Mei 2008


PENDEDAHAN Jenayah Ahmad Zahidi Hamidi itulah tajuk buku yang dikesan sedang diedarkan secara percuma kebelakangan ini.

Buku yang diterbitkan atas nama Anak Kelantan Prihatin itu memuatkan dakwaan seorang lelaki bernama Amir Bazli Abdullah yang didakwa dipukul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sehingga menyebabkan kecederaan kekal di wajahnya.

Kejadian itu berlaku di Country Height,Kajang pada 16 Januari 2006. Laporan mengenainya pernah keluar dalam beberapa buah akhbar dan internet.

Waktu kejadian itu Zahid ialah Timbalan Menteri Penerangan.

Selain Zahid semasa kejadian itu ada beberapa orang lain termasuk anak lelaki dan menantu beliau.

Wartawan Agendadaily mendapat satu naskah buku itu pada malam berlangsung mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di tingkat 38 PWTC Selasa lalu.

Sewaktu berjalan menuju ke menara Dato Onn di mana terletaknya ibupejabat UMNO seorang rakan menunjukkan sampul surat berisi sebuah buku kecil dan sekeping VCD.

Katanya ada orang yang letak sebilangan naskah buku dan VCD dekat sebuah tangga di bangunan itu.

Ikut ceritanya ia ditemui pada hari berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di situ petang Isnin. Ini adalah taktik biasa mereka yang nak sebarkan bahan-bahan seperti itu.

Berdasarkan dakwaan Amir Bazli dalam rakaman yang dipaparkan dalam VCD itu insiden dia dipukul itu berpunca daripada hubungan cintanya dengan anak Zahid bernama Nuruhidayah yang tidak direstui.
Difahamkan waktu itu Nuruhidayah masih bersuami.Namun rumahtangga mereka dikatakan menjadi tegang ekoran hubungan itu.

Berdasarkan cerita yang dipaparkan, Amir Bazli memberikan perincian peristiwa yang berlaku bermula dengan perkenalannya dengan Nurulhidayah sehinggalah kepada insiden beliau didakwa menculik Nurulhidayah dan anaknya.

Untuk rekod, Amir Bazli pernah menjadi anggota konvoi motosikal besar yang diketuai oleh Zahid dan gambar mereka berdua dimuatkan dalam buku berkenaan.

Bagi menguatkan dakwaannya, Amir Bazli memuatkan beberapa dokumen seperti laporan polis, laporan perubatan Hospital USM Kubang Kerian, surat menyurat dengan pihak polis dan pejabat Peguam Negara, afidavit penafian Zahid, serta bukti penyewaan rumah tempat beliau didakwa mengurung Nurulhidayah yang dokumen penyewaan itu ditandatangani oleh Nurulhidayah sendiri sebagai saksi.

Selain itu, buku tersebut turut memuatkan gambar-gambar Amir Bazali dengan Nurulhidayah dan anaknya (cucu Zahid) semasa mereka berada di Kelantan sebagai menguatkan hujahnya menafikan Nurulhidayah diculik olehnya dan dilarikan ke Kelantan.

Antara gambarnya menunjukkan Amir Bazli sedang bermain dalam kolam renang dengan anak Nurulhidayah.

Gambar yang disiarkan dalam buku berkenaan agak berkualiti kerana cetakan buku itu dan VCD berkenaan adalah berkualiti tinggi. Ia bukan jenis cetakan fotokopi yang kebiasaannya oleh mereka yang mengedar surat layang.

Secara keseluruhannya, buku tersebut selain penuh dengan dakwaan tentang apa yang berlaku ialah untuk meminta pihak yang berkuasa untuk memberikan keadilan kepada Amir Bazli.

Kesimpulan yang boleh dibuat ia satu usaha terancang dan sasarannya ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.

Malah sebelum pilihanraya umum baru ini timbul cakap-cakap karier politik Zahid mungkin terjejas kerana insiden berkenaan.

Namun ia meleset.Beliau bertanding semula di kerusi parlimen Bagan Datoh dan kemudiannya dilantik pula sebagai menteri.

Soalnya kenapa sekarang tiba-tiba ada usaha pihak tertentu untuk ' tembak' Zahid mengunakan buku dan VCD insiden itu?

Zahid nampak tenang saja ketika Agendadaily kebetulan bersua dengannya dekat pintu masuk bangunan Parlimen pagi Rabu sebelum sidang Dewan Rakyat hari pertama bermula.

"Apa cerita ni?,"katanya secara berjenaka ketika merujuk kepada laporan ringkas Agendadaily bertajuk "Buku Jenayah Menteri" yang disiarkan hari itu yang telah dibacanya.

Lepas itu dengan nada yang lebih serius menteri itu mengakui beliau sudah tahu mengenai pengedaran buku dan VCD itu.

"Ini semua cerita lama… polis dah siasat …tujuh orang anggota polis datang ambil keterangan dari saya.Dalam parlimen pun pernah dibangkitkan.Ada suratkhabar yang dah laporkannya.

"Sekarang dah tak ada apa…. bagi saya ia bermotif politik.Saya dilantik menteri dan kemudiannya ada orang cakap saya nak bertanding Naib Presiden UMNO…mulanya semua ini keluar balik,"katanya.

Menjawab satu soalan Zahid berkata Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahu mengenai kes itu.

Kepada soalan lain beliau mengakui berada di tempat kejadian dimana Ahmad Bazli mendakwa dia dipukul.

Zahid menjelaskan kes itu melibatkan banyak hal-hal tidak dapat diceritakannya kerana ia terlalu peribadi.

"Bagaimana saya nak ceritakan supaya semua orang faham sedangkan banyak yang tidak dapat saya ceritakan kepada umum,"katanya.

Beliau seterusnya bertanya, "cuba bayangkan saudara ada anak perempuan yang berdepan dengan keadaan itu.Ada hal yang kita boleh ceritakan kepada umum dan ada yang memang kita tak boleh.Masalahnya bila gambaran sebenar tidak dapat diberi orang boleh putarbelitkan macam-macam cara."

Menurut Zahid sebelum ini ada kalangan rakan politik termasuk ahli parlimen yang bertanya sendiri kepada beliau mengenai kes itu.

"Selepas saya jelaskan keadaan sebenarnya… mereka baru faham,"katanya.

Zahid juga beritahu kepada Agendadaily secara off the record beberapa hal mengenainya untuk menjelaskan apa yang dimaksudkannya sebagai terlalu peribadi itu.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: klpos, pemimpin haprak

RTM kekal siaran langsung Dewan

Posted by Sang Pemantau at 12:10 AM

Berita Harian

Oleh Faiza Zainudin

KUALA LUMPUR: Kabinet semalam memutuskan supaya siaran langsung sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat selama 30 minit menerusi RTM1 diteruskan, tetapi ia hanya sebagai percubaan dan tertakluk kepada semakan semula.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kementerian akan menilai secara menyeluruh kebaikan dan keburukan siaran langsung yang bermula jam 10 pagi setiap hari Parlimen bersidang itu sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat.

Kerajaan katanya, mungkin menghentikan siaran langsung itu jika kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat ketika persidangan Rabu lalu berulang kerana ia boleh menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kemuliaan institusi Parlimen serta menjejaskan imej negara.


"Kabinet memutuskan untuk meneruskan siaran langsung itu dengan memberi tempoh percubaan kepada Ahli Parlimen menjaga tingkah laku mereka tetapi ia akan dihentikan jika insiden kekecohan itu berulang.


"Kabinet beranggapan terlalu awal untuk menghentikan siaran langsung itu hanya berdasarkan kekecohan yang ditimbulkan Ahli Parlimen khususnya pembangkang pada hari pertama persidangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pasca Kabinet di pejabatnya, di sini, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kekecohan yang ditimbulkan Ahli Parlimen pembangkang pada hari pertama sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1, Rabu lalu sebagai memalukan.Berikutan itu, Abdullah bersetuju dengan cadangan Kementerian Penerangan supaya mesyuarat Kabinet semalam membuat keputusan menghentikan siaran langsung itu.

Ahmad Shabery, berkata Kabinet dalam mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, kesal dengan tindakan Ahli Parlimen khususnya daripada pembangkang menimbulkan hal remeh temeh kerana ia menyebabkan imej Parlimen tercemar.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan kewajaran keputusan Kabinet itu kepada Perdana Menteri dan meminta Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bekerjasama memastikan persidangan Dewan Rakyat dihormati serta lancar demi kepentingan rakyat.

"Saya mahu Ketua Whip BN pastikan ahlinya berhati-hati mengeluarkan perkataan ketika berhujah dan menyeru pemimpin pembangkang mengambil langkah sama mengawal tingkah laku ahlinya sebab dalam tempoh percubaan ini, kami akan perhatikan mereka.

"Parlimen bukan persatuan atau pertandingan debat yang ada hakim menentukan siapa juara. Kalau nak jadi Parlimen kelas pertama, Ahli Parlimen juga mestilah berkelakuan seperti golongan kelas pertama, bukan ketiga," katanya.

Ahmad Shabery yang meminta maaf atas apa berlaku Rabu lalu, berkata usaha kerajaan untuk bersikap telus, diambil kesempatan oleh pembangkang untuk bertanya perkara remeh sehingga mengabaikan kepentingan rakyat.

"Ini bahaya siaran langsung... mereka mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dan bila kamera dihentikan, mereka semua berkelakuan baik. Oleh itu, kita nak pembangkang buktikan dengan adanya tempoh percubaan ini, mereka boleh baiki tingkah laku," katanya.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: Berita Harian, parlimen

BNBBC bantah siaran langsung

Posted by Sang Pemantau at 12:03 AM

Utusan Online

KUALA LUMPUR 2 Mei - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) mahu kerajaan menghentikan siaran langsung sidang Dewan Rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tindakan segelintir ahli Parlimen pembangkang yang menjerit-jerit pada sidang itu kelmarin sungguh tidak wajar.

Tambahnya, beliau kecewa dengan tingkah laku pembangkang kerana langsung tidak mencerminkan sebagai seorang wakil rakyat.

''Kelmarin segelintir mereka kerap bangun sambil memegang buku Peraturan Mesyuarat Parlimen selain suka menjerit-jerit. Ia hanya mengganggu persidangan sahaja.

''Kita sungguh kecewa dengan tindakan mereka ini semua. Kita merasakan lebih baik kerajaan menghentikan sahaja siaran langsung selama setengah jam itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rabu lalu, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, siaran langsung itu kemungkinan akan dikaji semula berikutan sesi soal jawab lisan pada hari pertama sidang Dewan Rakyat sering terganggu apabila beberapa ahli Parlimen sentiasa mempersoalkan peraturan mesyuarat.

King Sing berkata, beliau risau tindakan pembangkang itu akan membawa implikasi negatif di kalangan rakyat yang memandang tinggi institusi Parlimen.

''Dewan Rakyat adalah tempat membincangkan masalah rakyat bukan gelanggang untuk ahli Parlimen berkelakuan liar,'' katanya.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: parlimen, utusan

MB akan mengadap Sultan...Nazri sifatkan Nizar tak faham konvensyen

Posted by Sang Pemantau at 12:02 AM

Agenda Daily

Susulan daripada titah Sultan Perak hari Jumaat yang mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Menteri Besar itu dikatakan akan mengadap Sultan Perak.

Namun tidak dapat dipastikan apakah tujuan beliau hendak mengadap Sultan Perak sama ada akan memberikan penjelasan sebab-sebab kenapa Datuk Jamry Sury diarahkan bertukar serta merta dalam tempoh 24 jam.

Jamry pula dalam pada itu memaklumkan bahawa sehingga hari Sabtu, beliau tidak menerima sebarang keputusan daripada kerajaan negeri itu mengenai kedudukannya.

Beliau sebaliknya dilaporkan akan mengadap Sultan Azlan Shah, Selasa depan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika diminta mengulas titah arahan Sultan Perak itu berkata, Nizar jelas tidak memahami perlembagaan dan konvensyen hubungan keraja antara Menteri Besar dan Sultan serta pihak istana.

Katanya, Nizar masih baru dalam memegang jawatan sebagai Menteri Besar dan tidak faham mengenai bidang kuasa dan adat istiadat negeri yang menjadikan Sultan sebagai ketua agama Islam.

"Saya rasa dia (Mohammad Nizar) mungkin baru. Baru menjadi Menteri Besar dan tidak memahami adat istiadat. Apa yang dibuat dan dititahkan oleh baginda Sultan Perak adalah tepat serta betul," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Mencegah Kanser Serviks dan Payu Dara di Klinik Kesihatan Sauk, Kuala Kangsar hari Sabtu.

Menurut Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, tindakan Nizar ternyata salah kerana tidak mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum 'membuang' Jamry.

"Sepatutnya, Jamry perlu diberi tunjuk sebab dan peluang untuk membela diri sebelum dia dijatuhkan sebarang hukuman. Tetapi apa yang berlaku tidak mengikut peraturan biasa dan tindakan itu tidak mencerminkan amalan seseorang yang mengetahui adat istiadat dan perlembagaan negara," katanya. – 3/5/2008

-----------------------------------------

Arahan tarik balik...hormati Sultan

Ini keputusan Istana Perak berhubung arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury … tarik balik arahan pertukaran dan hormati Sultan dan jangan belakangkan Sultan dalam buat keputusan yang babitkan kuasa Sultan.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran yang dibuat ke atas Jamry Selasa lalu.

Serentak dengan itu, Mohammad Nizar dimaklumkan bahawa hubungan kerja yang menghormati Sultan merupakan konvensyen dan budaya kerja yang sentiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Menteri Besar dengan pihak Istana selama ini.

Arahan supaya menarik balik arahan pertukaran itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dititah untuk menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak pada pukul 11 pagi Jumaat untuk menyembah maklum kepada baginda berhubung arahan pertukaran Jamry.

Kenyataan akhbar yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, menjelaskan bahawa titah Raja Nazrin adalah atas nama baginda selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP)

Mohammad Nizar semasa mengadap Raja Dr. Nazrin, diingatkan bahawa Jamry, selaku Pengarah JAIP juga berperanan sebagai Setiausaha MAIAMP, dan lantikan Jamry dilakukan selepas mendapat perkenan Sultan Perak kerana urusan agama Islam serta badan dan agensi berkaitannya adalah di bawah kuasa Sultan.

Oleh itu, menurut kenyataan itu, pada tafsiran Sultan, Menteri Besar mempunyai tanggungjawab untuk menghadap dan berdatang sembah bagi memaklumkan kepada baginda dan juga Raja Muda bagi mendapat perkenan sebelum mengambil sebarang tindakan berhubung apa-apa urusan berkaitan agama Islam.

"Baginda Raja Muda memperingatkan bahawa hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman ini wajiblah dihormati pada setiap masa.

"Sebarang perbuatan dan tindakan yang dilakukan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Baginda Sultan dan Baginda Raja Muda adalah dianggap telah membelakangkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,” demikian menurut kenyataan itu.

Selain itu, menurut kenyataan itu, kerajaan negeri diminta mempersembahkan secara rasmi kepada Sultan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan oleh Jamry terhadap pentadbiran kerajaan negeri untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya.

Raja Muda Perak juga menyampaikan nasihat dan pandangan Sultan Perak bahawa seseorang ketua kerajaan hendaklah berlaku adil dan mematuhi prosesur dan tata cara pentadbiran. – 2/5/2008

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Perak berhubung dengan arahan penarikan balik pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) :

Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah, atas nama Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP), telah menitahkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin untuk menghadap Baginda pada jam 11.00 pagi ini, di Istana Raja Muda Perak Darul Ridzuan untuk menyembah maklumkan kepada Baginda berhubung arahan Menteri Besar Perak supaya Yang Berbahagia Dato’ Haji Jamry Sury ditukarkan serta-merta daripada jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

2. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar telah dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Dato’ Haji Jamry Sury selaku Pengarah Jabatan Agama Islam adalah juga berperanan sebagai Setiausaha kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP).

Bahawa lantikan Yang Berbahagia Dato’ Haji Jamry Sury dilakukan hanya selepas mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan. Bahawa urusan Agama Islam serta badan dan agensi yang bertanggung jawab dengan agama Islam adalah di bawah kuasa langsung Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Oleh itu pada tafsiran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempunyai tanggungjawab untuk menghadap dan berdatang sembah, memaklumkan kepada Baginda Sultan dan juga kepada Baginda Raja Muda, memohon mendapat perkenan sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan hal ehwal agama Islam, badan dan agensi yang bertanggung jawab dengan agama Islam, merangkumi urusan lantikan, penempatan dan pemindahan pegawai dan kakitangan yang menguruskan hal ehwal agama Islam, apatah lagi bagi penjawat jawatan penting dan jawatan utama.

3. Hubungan kerja yang menghormati Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan merupakan satu konvensyen dan budaya kerja yang senantiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Mamanda Menteri Besar dengan pihak istana selama hari ini. Baginda Raja Muda memperingatkan bahawa hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman ini wajiblah dihormati pada setiap masa. Sebarang perbuatan dan tindakan yang dilakukan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Baginda Sultan dan Baginda Raja Muda adalah dianggap telah membelakangkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

4. Pada masa yang sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak telah menyampaikan nasihat dan pandangan Paduka Seri Sultan Perak bahawa seseorang Ketua Kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan hendaklah memperlihatkan berlakunya keadilan dengan mematuhi prosedur dan tata cara pentadbiran berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada. Baginda berpendirian bahawa kestabilan sesuatu pentadbiran dan kerajaan adalah berlandaskan kepada prinsip yang berpegang kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Baginda Sultan amat mementingkan hubungan kerja harmoni dan baik berlaku di kalangan para pentadbir dengan pemimpin politik di negeri Perak demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

5. Adalah menjadi pegangan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak supaya Kerajaan Baginda mengamalkan dan memperlihatkan amalan yang adil dan proses keadilan itu hendaklah dipatuhi, supaya tidak ada di kalangan rakyat Baginda yang merasakan diri mereka menjadi mangsa kepada mana-mana perbuatan fitnah atau penindasan daripada mana-mana pihak yang lebih berkuasa. Sebelum sesuatu keputusan atau hukuman dijatuhkan, proses dan prosedur yang memperlihatkan berlakunya keadilan hendaklah dipatuhi sepenuhnya terlebih dahulu. Prinsip keadilan sejagat (natural justice) perlu dihormati, oleh itu mana-mana pihak yang dikenakan sebarang tuduhan hendaklah diberikan hak untuk membela diri dan memberikan penerangan, supaya satu pertimbangan yang saksama lagi adil dapat dilakukan.

6. Dalam semangat yang demikian, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak telah menyampaikan pandangan dan pendirian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri SultanPerak supaya arahan pertukaran serta-merta yang dikenakan kepada Yang Berbahagia Dato’ Jamry Sury ditarik balik. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran peraturan dan kesalahan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang ada dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Jamry Sury, maka Kerajaan diminta mempersembahkan perkara tersebut secara rasmi kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya disusuli sebelum dijatuhkan apa-apa keputusan secara muktamad.

Y.D.H. Toh Raja Diraja
Kol. Dato’ Abd. Rahim Mohamad Nor
Setiausaha Sulit kepada
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
2 Mei 2008

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: agenda daily, MB perak, penjelasan isu

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

Harga minyak semasa

Harakahdaily

Loading...

Tranungkite Online v10

Loading...

Selatan Online

Loading...

Detikdaily

Loading...

Malaysiakini

Loading...

Utara Online Portal Rakyat Malaysia

Loading...

Buletin Online - Media Informasi Terkini

Loading...

Minda rakyat

Loading...

Malaysia Today

Loading...

The Malaysian Insider

Loading...

Suara KeADILan Online

Loading...

KLPOS.com | Apa Siapa Mengapa

Loading...

MyCen News

Loading...

Malaysia independent news

Loading...

My Sinchew -

Loading...

EMedia News

Loading...

Malaysia News.Net

Loading...

The Malaysian Insider

Loading...

The Star Online : G A L L E R Y

Loading...

Islam Hadhari

Jelmaan Wajah Misteri Masjid Kristal Patrick Lim...
Tiba-tiba je ternampak jelmaan wajah seperti tokong buddha kat masjid kristal....

Bloggers United

Bloggers United

Media rakyat

  • Aliran
  • Buletin Online
  • Detik Daily
  • Harakah Daily
  • KLpos
  • Laman Marhaen
  • Malaysia Today
  • Malaysiakini
  • Newskini
  • Selatan Online
  • Siasah Daily
  • Suara Keadilan
  • Tranungkite Online
  • Utara Online

Media kerajaan

  • Agenda Daily
  • Sinar Harian
  • The Sun
  • The Star online
  • Harian Metro
  • Kosmo Online
  • BERNAMA
  • NST Online
  • Berita Harian
  • Utusan Online
  • Mstar Online

Lain-lain media

  • The Nut Graph
  • Malaysia Insider
  • Other Malaysia
  • Channel News Asia
  • cyberita online
  • Daily Star
  • Malaysian News
  • Inside Malaysia
  • Malaysia Sun
  • Mycen news
  • EIN news
  • Malay mail
  • Borneo post
  • Malaysia post
  • International Herald Tribune
  • Al-Jazeera
  • BBC
  • Asia News Network
  • Mysinchew

TV rakyat

  • Keadilan tv
  • Kelantan tv
  • Malaysiakini TV
  • Terengganukini
  • TV Antara
  • TV ceramah
  • TV PAS
  • webtv PAS
  • wtv8

Video klip best

Andai Ku Tahu pangkah BN jadi begini....
Video klip best...penuh dengan msg kesedaran untuk rakyat yg tido...bangkitlah menentang kerajaan korup!!!Harga barang makin naik...Mat Mongol tak abis2 dgn projek rangsangan ekonomi....

Blog Archive

  • ▼ 2010 (53)
    • ▼ April (49)
      • ▼ Apr 26 (6)
        • Zaid terima kalah, salahkan ‘politik beli undi’.
        • ‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor
        • YB Kamalanathan kotai janji pindah ke Hulu Selangor
        • Najib Habiskan RM64 juta dalam PRK Hulu Selangor
        • Tahniah! walaupun kalah undi Pakatan meningkat di ...
        • Hulu Selangor: BN Menang Tetapi Hilang Sokongan Pe...
      • ► Apr 25 (8)
      • ► Apr 24 (5)
      • ► Apr 23 (6)
      • ► Apr 21 (4)
      • ► Apr 20 (8)
      • ► Apr 19 (4)
      • ► Apr 18 (3)
      • ► Apr 16 (5)
    • ► January (4)
      • ► Jan 03 (1)
      • ► Jan 01 (3)
  • ► 2009 (337)
    • ► November (1)
      • ► Nov 18 (1)
    • ► September (17)
      • ► Sep 08 (3)
      • ► Sep 04 (6)
      • ► Sep 03 (1)
      • ► Sep 02 (7)
    • ► August (4)
      • ► Aug 31 (4)
    • ► July (5)
      • ► Jul 20 (5)
    • ► June (11)
      • ► Jun 02 (5)
      • ► Jun 01 (6)
    • ► May (56)
      • ► May 28 (8)
      • ► May 27 (11)
      • ► May 26 (14)
      • ► May 12 (2)
      • ► May 11 (10)
      • ► May 05 (2)
      • ► May 01 (9)
    • ► April (121)
      • ► Apr 21 (14)
      • ► Apr 20 (10)
      • ► Apr 15 (8)
      • ► Apr 13 (7)
      • ► Apr 10 (10)
      • ► Apr 09 (11)
      • ► Apr 08 (2)
      • ► Apr 07 (17)
      • ► Apr 05 (5)
      • ► Apr 04 (11)
      • ► Apr 03 (8)
      • ► Apr 02 (10)
      • ► Apr 01 (8)
    • ► March (110)
      • ► Mar 30 (3)
      • ► Mar 29 (9)
      • ► Mar 26 (5)
      • ► Mar 25 (11)
      • ► Mar 24 (10)
      • ► Mar 20 (5)
      • ► Mar 08 (10)
      • ► Mar 07 (10)
      • ► Mar 06 (7)
      • ► Mar 04 (7)
      • ► Mar 03 (8)
      • ► Mar 02 (5)
      • ► Mar 01 (20)
    • ► February (8)
      • ► Feb 06 (8)
    • ► January (4)
      • ► Jan 01 (4)
  • ► 2008 (2648)
    • ► December (66)
      • ► Dec 27 (10)
      • ► Dec 20 (4)
      • ► Dec 19 (13)
      • ► Dec 18 (5)
      • ► Dec 15 (18)
      • ► Dec 12 (3)
      • ► Dec 11 (3)
      • ► Dec 06 (6)
      • ► Dec 03 (4)
    • ► November (244)
      • ► Nov 30 (7)
      • ► Nov 29 (11)
      • ► Nov 28 (7)
      • ► Nov 25 (6)
      • ► Nov 24 (1)
      • ► Nov 22 (9)
      • ► Nov 21 (3)
      • ► Nov 18 (8)
      • ► Nov 17 (5)
      • ► Nov 16 (7)
      • ► Nov 15 (12)
      • ► Nov 14 (15)
      • ► Nov 13 (7)
      • ► Nov 12 (11)
      • ► Nov 11 (15)
      • ► Nov 10 (7)
      • ► Nov 09 (15)
      • ► Nov 07 (19)
      • ► Nov 06 (19)
      • ► Nov 05 (15)
      • ► Nov 04 (5)
      • ► Nov 03 (16)
      • ► Nov 02 (13)
      • ► Nov 01 (11)
    • ► October (14)
      • ► Oct 31 (14)
    • ► September (348)
      • ► Sep 29 (6)
      • ► Sep 28 (16)
      • ► Sep 27 (16)
      • ► Sep 25 (24)
      • ► Sep 24 (10)
      • ► Sep 23 (19)
      • ► Sep 22 (8)
      • ► Sep 18 (12)
      • ► Sep 17 (15)
      • ► Sep 16 (27)
      • ► Sep 15 (11)
      • ► Sep 14 (12)
      • ► Sep 11 (10)
      • ► Sep 10 (19)
      • ► Sep 09 (18)
      • ► Sep 08 (23)
      • ► Sep 06 (12)
      • ► Sep 04 (13)
      • ► Sep 03 (27)
      • ► Sep 02 (26)
      • ► Sep 01 (24)
    • ► August (77)
      • ► Aug 24 (8)
      • ► Aug 23 (9)
      • ► Aug 10 (14)
      • ► Aug 07 (22)
      • ► Aug 02 (10)
      • ► Aug 01 (14)
    • ► July (416)
      • ► Jul 31 (6)
      • ► Jul 30 (23)
      • ► Jul 29 (13)
      • ► Jul 24 (10)
      • ► Jul 23 (23)
      • ► Jul 22 (15)
      • ► Jul 21 (25)
      • ► Jul 20 (19)
      • ► Jul 19 (17)
      • ► Jul 18 (6)
      • ► Jul 17 (36)
      • ► Jul 16 (14)
      • ► Jul 15 (15)
      • ► Jul 14 (17)
      • ► Jul 13 (17)
      • ► Jul 12 (17)
      • ► Jul 11 (11)
      • ► Jul 09 (22)
      • ► Jul 08 (11)
      • ► Jul 07 (21)
      • ► Jul 05 (17)
      • ► Jul 04 (22)
      • ► Jul 03 (7)
      • ► Jul 02 (15)
      • ► Jul 01 (17)
    • ► June (435)
      • ► Jun 30 (16)
      • ► Jun 29 (14)
      • ► Jun 28 (18)
      • ► Jun 26 (18)
      • ► Jun 25 (27)
      • ► Jun 24 (22)
      • ► Jun 22 (7)
      • ► Jun 21 (11)
      • ► Jun 20 (22)
      • ► Jun 19 (11)
      • ► Jun 18 (23)
      • ► Jun 17 (12)
      • ► Jun 15 (10)
      • ► Jun 14 (18)
      • ► Jun 13 (15)
      • ► Jun 12 (5)
      • ► Jun 11 (19)
      • ► Jun 10 (20)
      • ► Jun 09 (25)
      • ► Jun 07 (23)
      • ► Jun 06 (13)
      • ► Jun 05 (24)
      • ► Jun 04 (19)
      • ► Jun 03 (16)
      • ► Jun 02 (18)
      • ► Jun 01 (9)
    • ► May (480)
      • ► May 31 (12)
      • ► May 30 (28)
      • ► May 29 (15)
      • ► May 28 (18)
      • ► May 27 (6)
      • ► May 26 (13)
      • ► May 25 (12)
      • ► May 23 (8)
      • ► May 22 (29)
      • ► May 21 (21)
      • ► May 20 (15)
      • ► May 19 (16)
      • ► May 18 (10)
      • ► May 17 (11)
      • ► May 16 (18)
      • ► May 15 (17)
      • ► May 14 (25)
      • ► May 13 (14)
      • ► May 12 (28)
      • ► May 11 (8)
      • ► May 10 (11)
      • ► May 09 (32)
      • ► May 07 (15)
      • ► May 06 (26)
      • ► May 05 (21)
      • ► May 04 (26)
      • ► May 03 (12)
      • ► May 01 (13)
    • ► April (481)
      • ► Apr 30 (15)
      • ► Apr 29 (18)
      • ► Apr 28 (18)
      • ► Apr 27 (13)
      • ► Apr 26 (10)
      • ► Apr 25 (9)
      • ► Apr 24 (29)
      • ► Apr 23 (12)
      • ► Apr 22 (33)
      • ► Apr 21 (26)
      • ► Apr 20 (5)
      • ► Apr 19 (22)
      • ► Apr 18 (22)
      • ► Apr 17 (29)
      • ► Apr 16 (25)
      • ► Apr 15 (16)
      • ► Apr 14 (19)
      • ► Apr 13 (31)
      • ► Apr 10 (6)
      • ► Apr 09 (34)
      • ► Apr 08 (12)
      • ► Apr 07 (6)
      • ► Apr 06 (15)
      • ► Apr 05 (8)
      • ► Apr 04 (18)
      • ► Apr 03 (10)
      • ► Apr 02 (10)
      • ► Apr 01 (10)
    • ► March (87)
      • ► Mar 31 (16)
      • ► Mar 30 (6)
      • ► Mar 29 (6)
      • ► Mar 28 (6)
      • ► Mar 27 (8)
      • ► Mar 26 (4)
      • ► Mar 25 (5)
      • ► Mar 24 (4)
      • ► Mar 23 (14)
      • ► Mar 22 (11)
      • ► Mar 20 (7)

Iklan

Bloggers pimpinan

Berita dari bloggers

Terima kasih kepada pengunjung dan pembaca yang sengaja ataupun yang tidak sengaja melayari blog Tau Takpe ini. Segala berita dan artikel yang disiarkan di blog ini adalah khas untuk rujukan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas segala artikel yang diambil dan disiarkan kecuali dinyatakan ianya adalah pandangan pemilik blog sebagaimana tercatat dalam catatan OrangKita.

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |