| Malaysiakini |
| Jul 20, 08 9:00pm |
| Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS. Komen Nik Aziz Namun, Bernama melaporkan menteri besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti. Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin PAS bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri. Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin PAS untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti. "Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu, namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan PAS tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi. Bukan atas nama parti Beliau berkata pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan PAS tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, PAS telah ditendang daripada parti gabungan. "Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit," katanya. Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga. "Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik," katanya. Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua. |
Monday, July 21, 2008
Husam: PM mahu pecah belah PAS...
7 comments Labels: Husam Musa, malaysiakini, Pak Lah undur, PAS
PAS mengaku bertemu dengan Perdana Menteri
Tranungkite 20 Julai, 2008 Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Dilulus terbit pada Sunday, July 20 @ 23:28:48 MYT oleh SongkokPutih Oleh Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang
PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.
Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
2 comments Labels: kenyataan media, PAS, TGHA, tranungkite, UMNO
Insiden di Desa Mentari: Ahli Parlimen yang “buta haluan”!
Detik Daily YB Loh telah dengan sengaja membuka pintu kebencian, keresahan dan syak wasangka rakyat. Sekarang “He should be man enough to stand up and shut the door” ataupun menerima padah dan hukuman dari rakyat.
Posted on Sunday, July 20 @ 10:43:32 MYT by reformis
Oleh Roslan SMS
Berita dalam MStar Online hari melaporkan:
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa beliau dikasari pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.
Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, menemui pihak penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah tindakan mendirikan bangunan di kawasan itu. Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin, kata beliau.
Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila menyebut "sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek."
Walaupun pembantu khas itu telah meminta maaf, jelas Loh, beliau terpaksa membuat laporan polis. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu sambil berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.
Saya yang berada di tempat kejadian sungguh kecewa dengan insiden yang berlaku. Dan saya merasakan kejadian itu sepatutunya dapat dielakkan kiranya pihak polis segera mengawal keadaan dan keduanya jika ahli parlimen berkenaan tidak menyemarakkan lagi suasana.
Majlis yang berlangsung kira-kira jam 3 petang sejurus selepas solat Jumaat di Desa Mentari dalam DUN Seri Setia, Parlimen Kelana Jaya (kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya) itu adalah sebuah majlis rasmi kerajaan negeri. Majlisnya adalah majlis pecah tanah tapak surau Desa Mentari Fasa II oleh YB Tuan Khasim Abd Aziz, Pembantu EXCO Agama, Adat Istiadat Melayu, Infrastrukutur dan Kemudahan Awam (mewakili Dato Dr Hasan Ali yang tidak dapat hadir kerana menjalankan tugas rasmi di Singapura). Ia turut dihadiri oleh ahli Majlis MBPJ dan pimpinan parti tempatan.
Semua pihak telah dilibatkan dalam majlis ini termasuklah selain Pejabat EXCO, JAIS, MBPJ, Pejabat ADUN Seri Setia, Polis, Jawatankuasa Surau, Pakatan Rakyat Kelana Jaya dan PAS Kawasan serta cawangan.
Diperingkat Pakatan Rakyat Kelana Jaya, semasa mesyuarat bulanannya Jun lepas yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PKR Tuan Syed Shahir, pihak PAS telah pun memaklumkan darihal majlis ini dan dipersetujui oleh semua pihak termasuk wakil DAP (YB Hannah Yeoh), malangnya dalam mesyuarat itu YB Loh tidak hadir dan tidak pula menghantar wakilnya.
Ekoran persepakatan itu pihak penduduk di kawasan berkenaan termasuklah AJK Surau dan JK Penaja PAS cawangan telah bertungkus-lumus bekerja dan membuat persiapan bagi majlis berkenaan.
Untuk rekod tapak berkenaan telah diluluskan oleh pemaju dalam pelan pembangunan kawasan perumahan Desa Mentari itu sebagai tapak surau. Penduduk tempatan telah sejak dua tahun kebelakangan memohon kelulusan dari pihak JAIS dan selepas PRU lepas YB ADUN Seri Setia Sdr Nik Nazmi telah memberikan sokongannya dan akhirnya pihak JAIS telah memberikan kelulusan melalui Pejabat EXCO Agama.
Penduduk tempatan telah mengikuti saluran yang betul, kisah bantahan dari masyarakat bukan Melayu di kawasan itu hanya terdengar sejak kebelakangan ini sahaja itupun bukan melalui saluran rasmi. Saya difahamkan sekumpulan masyarakt India beragama Hindu telah mengadu kepada Pejabat Ahli Parlimen, yang tanpa merujuk kepada pimpinan Pakatan Rakyat Bahagian dan pimpinan PKR (parti beliau sendiri) Bahagian, telah cuba menjadi juara kepada segelintir yang tidak berpuas hati itu.
Pintu rundingan tidak pernah ditutup oleh sesiapa pun, cumanya bagi masyarakat Islam di sana setelah isu ini dibawa melalui pelbagai saluran dan akhirnya dibincang diperingkat parti pemerintah bahagian, iaitu Pakatan Rakyat Parlimen Kelana Jaya (yang diwakili pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP peringkat tersebut) dan mendapat "consensus" atau kata sepakat maka ianya diteruskan.
Jika pun ada kiranya Pejabat ahli Parlimen kemudiannya menerima bantahan, ianya sepatutnya dirundingkan. Takkanlah ahli parlimen yang bijak membelakangkan keputusan parti dan pakatan yang dianggotai partinya sendiri serta kerajaan negeri juga yang diterajui bersama partinya sendiri. Sekurang-kurangnya jika benar masyarakat yang membantah itu mewakili majoriti penduduk tempatan, kerja ahli parlimen adalah menerangkan kepada mereka tentang keputusan yang telah diambil, dan meyakinkan mereka agar menerimanya, sebarang tuntutan lain boleh dirundingkan, tetapi protes untuk membatalkan pembinaan surau yang diperjuangkan penduduk majoriti Islam dan diluluskan pula oleh pihak JAIS adalah sesuatu yang tidak harmonis dan boleh mencetuskan perbalahan.
Pada hari kejadian sejurus majlis dimulakan sekumpulan masyarakat India beragama Hindu telah pun berkumpul dengan poster masing-masing. Dari bilangan sekitar 20-25 orang ia mula membesar apabila kawan-kawan mereka dari luar turut hadir tetapi tidaklah sampai melebihi 100 orang. Mereka mula menjerit-jeirt kan slogan dan ada yang meniup wisel dan membuat bising sebaik majlis yang dimulakan dengan bacaan doa itu berjalan.
Saya marahkan juga pihak polis kerana mereka seolah berlepas tangan walaupun hadir dengan beberapa kereta peronda dan kekuatan dari balai berdekatan. Ini adalah majlis berkaitan agama dan merupakan pula majlis rasmi kerajaan kerana dihadiri oleh Penolong EXCO. Tidakkah kehadiran penganut agama lain dengan niat untuk menganggu majlis itu mengancam keselamatan? Pernahkan kita dengar sebelum ini sebuah majlis agama diganggu oleh penganut agama lain sedemikian rupa dalam negara kita?
Saya katakan pihak polis lemah dan harus dipertanggungjawabkan. Mereka tidak bertindak sepanjang majlis rasmi berkenaan berjalan, bayangkan apa akan berlaku jika ada pihak yang membikin provokasi dikalangan penduduk Islam yang hadir!?! Alhmadulillah majlis berkenaan walaupun diganggu dengan sorakkan dan bunyi bising berlangsung dengan penuh tertib dan aman.
Semasa majlis berjalan wakil ADUN Seri Setia, Sdr Meor Azam telah duduk sebaris dengan saya mewakili YB Nik Nazmi. Tiba-tiba YB Loh datang dan terus menuju ke arah mereka yang sedang berhimpun secara haram itu. Kehadiran beliau menggamatkan mereka yang sedang berhimpun itu. Ketika itulah Sdr Meor memaklumkan kepada saya yang beliau mahu melihat keadaan dan cuba mententeramkannya.
Majlis terus berjalan walaupun kelihatan dari jauh YB Loh beria-ia melayan mereka yang sedang bising berhimpun itu. Sejurus majlis berakhir mereka yang hadir dijamu oleh pihak penganjur manakala para tetamu menuju ke surau lama untuk menikmati jamuan. Ketika itulah kami dimaklumkan yang berlaku pertengkaran antara Sdr Meor dan YB Loh dan akhirnya berlakulah apa yang berlaku.
Kesimpulannya bagi saya ahli Parlimen berkenaan cuba menjadi “hero” dalam situasi yang beliau sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Ternyatalah usia yang muda dan tiada pengalaman dan pendedahan politik melahirkan seorang pemimpin yang buta haluan! Insiden ini sungguh malang dan akan mengundang pelbagai persepsi dari masyarakat awam termasuklah yang Islam atau bukan Islam.
YB Loh telah dengan sengaja membuka pintu kebencian, keresahan dan syak wasangka rakyat. Sekarang “He should be man enough to stand up and shut the door” ataupun menerima padah dan hukuman dari rakyat.
0 comments Labels: Detik daily, PR Selangor, rosak akhlak
Gwo Burne: Saya tidak marah...
| Malaysiakini |
| Soon Li Tsin | Jul 19, 08 4:58pm |
| Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne berkata beliau tidak menyimpan sebarang perasaan marah terhadap pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Ahmad yang menumbuknya semalam. Mahu padang permainan Loh berkata, struktur surau tersebut tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran dan penduduk juga tidak bersetuju dengan pembinaannya. Penduduk mahu kawasan itu dijadikan padang permainan untuk kanak-kanak, bukannya tapak surau," katanya. Berunding dengan penduduk Loh kemudian berkata, mereka yang terbabit dengan pembinaan surau itu, telah memutuskan untuk menghentikan projek berkenaan untuk berunding dengan kira-kira 6,000 penduduk di situ. |
0 comments Labels: malaysiakini, penjelasan isu, PR Selangor
Loh ditumbuk: Muhammad sifatkan PKR tidak bijak, MB anggap kerenah anak muda
Mstar Online
19-07-2008 03:36:10 PM
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, isu Anggota Parlimen Kelana Jaya yang dikatakan ditumbuk oleh seorang pembantu kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad mencerminkan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bijaksana dalam menangani isu yang menyentuh agama.
"Kita (Barisan Nasional) biasanya konsensus berunding antara sesama kita tentang hak masing-masing di mana masjid di mana surau di mana gereja kita benarkan semua.
"Nampak sesama dia sudah wujud pertelingkahan sebegitu sampai (ke tahap) fizikal ahli parlimennya ditumbuk ini menunjukkan mereka tidak berjaya mengawal keadaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu selepas merasmikan Seminar Sehari "Islam Hadhari atau Hadharah Islamiah ?" anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari ini.
Semalam, anggota Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne dilaporkan ditumbuk oleh pembantu kepada anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas beliau mempersoalkan pembinaan surau Al Istiqamah semasa upacara pecah tanah pembinaan surau itu di Fasa Kedua Desa Mentari di Kelana Jaya.
Sebelum Loh ditumbuk telah berlaku kekecohan di mana sekumpulan penduduk membantah pembinaan surau itu yang didakwa tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, nampaknya Pakatan Rakyat retak kerana beberapa peristiwa yang memperlihatkan keretakan itu seperti ada yang tidak diajak berunding, ada yang terasa terpinggir dan ada yang cuba menguasai.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kejadian itu adalah hal anak-anak muda PKR.
Beliau berkata, kes itu telah selesai apabila kedua-dua pihak telah bermaafan sesamanya akibat kejadian yang berpunca daripada salah faham apabila mereka cuba menyatakan pandangan masing-masing yang mewakili penduduk setempat.
"Ia lebih kepada isu dalaman, biasalah anak-anak muda ghairah untuk bawa pendapat masyarakat cuma mungkin cara itu yang tidak kena," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2008 anjuran Jabatan Mufti Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata, kes itu juga akan dirujuk kepada Ketua Bahagian PKR terbabit iaitu, Syed Shahir Syed Mohamud bagi membincangkan tindakan selanjutnya kerana ia hanya membabitkan isu di bahagian berkenaan.
Perbezaan pendapat itu perkara biasa dan berlaku di mana-mana, cuma cara untuk menyatakan perbezaan pendapat itu perlu mengikut saluran yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini, katanya. BERNAMA
0 comments Labels: mstar online, PR Selangor
Syor badan bebas siasat kes Anwar
KUALA LUMPUR 19 Julai - Parti Gerakan mencadangkan supaya kerajaan bekerjasama dengan badan siasatan bebas antarabangsa bagi mendapat keyakinan rakyat berhubung pengendalian kes dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, badan antarabangsa itu juga perlu merangkumi pakar dalam setiap bidang perubatan agar persepsi meragukan rakyat yang mungkin timbul semasa prosedur siasatan dapat dielakkan.
''Kita cadangkan kerajaan bekerjasama badan bebas ini. Kita mahu semua keraguan rakyat kepada mana-mana prosedur siasatan terjawab.
''Badan siasatan ini perlu dianggotai semua pakar dalam bidang masing-masing. Ia juga perlu bebas supaya tiada pihak boleh mempertikaikan keputusan mereka nanti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.
Anwar kini berdepan dengan dakwaan oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang dia diliwat oleh bekas majikannya itu.
Tambah Tsu Koon, cadangan itu dilihat perlu pada masa media antarabangsa sudah mula melihat isu bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai sesuatu yang boleh melemahkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan negara sedia ada.
Katanya, cadangan itu dibuat bukan untuk mempertikaikan kemampuan kerajaan namun kepakaran antarabangsa dilihat cara dan bukti terbaik yang menyakinkan rakyat kepada situasi sebenar yang sedang berlaku.
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, utusan
Sunday, July 20, 2008
Dakwaan terbaru paksa Anwar tangguh misi 16 September?
Mstar Online
20-07-2008 07:38:41 PM
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mengalih pandangan dengan meramalkan pilihan raya baru ketika hanya tinggal kurang lapan minggu untuk beliau mencapai sasaran Kerajaan Baru 16 September?
Anwar yang dipetik Malaysian Insider berkata: "Meskipun kita tidak memegang kuasa (kerajaan persekutuan kelak), kita akan hadapi pilihan raya tidak lama lagi."
Tidak pasti sama ada beliau merujuk kepada pilihan raya kecil dalam waktu terdekat.
Anwar menyatakan demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di Kuantan malam tadi.
Ia merupakan hentian kedua selepas dibebaskan atas jaminan polis Khamis lalu.
Beliau ditahan polis Rabu lalu dan dibebaskan pagi keesokan dengan jaminan polis.
Hari ini Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menemui penyokongnya di Johor Baharu.
Kenyataan tidak 'yakin' itu merupakan yang pertama sejak beliau mengumumkan misi Kerajaan Baru 16 September, yang dinyatakan sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Di bawah misi itu, Anwar mengharapkan seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Kini pembangkang mempunyai 82 kerusi di Dewan Rakyat manakala BN pula 140.
Beberapa pemerhati politik dan kumpulan kajian pilihan raya serta pemikir yang dihubungi mStar Online menolak kemungkinan pilihan raya umum tergempar diadakan dalam waktu terdekat ini.
Anwar kini berhadapan dengan tuduhan terbaru meliwat - yang kedua sejak 1998.
Sejak dibebaskan pada 2004 beliau mengetuai pembangkang menghadapi pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.
Ketika debat kenaikan harga minyak malam Selasa lalu yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, Anwar berkata, jika tiada halangan beliau akan bertanding dalam pilihan raya (kecil) dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR - salah satu komponen Pakatan Rakyat, ketika ditanya sama ada pihaknya mampu mencapai sasaran Kerajaan Baru 16 September berkata:
"Kita tunggu dan lihat... tapi ramai yang nak, tak sabar. Kalau kita jumpa orang biasa, mereka tanya bila lagi, bila lagi.
"Ramai yang tak sabar-sabar kerana tekanan hidup sekarang, minyak naik barang naik."
Tambah beliau, sekiranya boleh Pakatan Rakyat mahu mengikut rancangan yang telah ditetapkan itu.
"Kalau tidak, kita kena bersabar," kata beliau yang turut mengakui tumpuan perlu diberikan terhadap kes Anwar.
Dr. Wan Azizah juga ditanya sama ada beliau masih bersedia untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada Anwar sebagaimana dinyatakan ketika kempen pilihan raya umum.
"Ya, boleh jadi, kemungkinan itu ada, kemungkinan tempat lain pun ada, kita akan melihat keseluruhannya (semua opsyen).
"Sebab, saya tidak apa-apa kesusahan... saya tidak ada masalah kalau saya nak tinggalkan Permatang Pauh. Dan, pengundi-pengundi Permatang Pauh tahu Anwar sebab beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum saya, dan mereka kenal kami berdua," jelas beliau.
Pun begitu, kata beliau, terdapat beberapa tempat lain yang dipertimbangkan untuk Anwar untuk bertanding.
Sama ada usaha mengosongkan kerusi akan dipercepatkan, jawab Dr. Wan Azizah:
"Kita tengok... macam saya katakan, dan kita ada peguam yang kadang-kadang kita kena ambil kira, saya tak boleh katakan."
1 comments Labels: DSAI, mstar online, Pakatan Rakyat
Penyerahan royalti tanpa 'bukti hitam putih'
| Harakahdaily Suhaimi Taib Sat | Jul 19, 08 | 2:44:44 pm MYT | |
| KUALA TERENGGANU, 19 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said menjelaskan bahawa tidak ada keterangan 'hitam putih' daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung penyerahan royalti petroleum lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu. Ahmad dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri itu dijangka akan menerima wang royalti petroleum dan gas itu yang pertama, September ini selepas ia dihentikan sejak tahun 2000 ketika PAS memerintah negeri itu. Tidak diketahui bagaimana kaedah penyerahan dan berapa jumlah royalti yang akan diterima kerajaan itu dari kerajaan pusat. Ahmad menyatakan demikian dalam pertemuan antara Dewan Harian dan Wakil-wakil Rakyat PAS Terengganu dalam satu pertemaun dengan Menteri Besar itu di Wisma Darul Iman di sini 15 Julai lalu. Dato' Ahmad berjanji akan meneruskan kes tuntutan royalti petroleum itu di mahkamah sekali gus tidak akan menarik balik kes itu demi kebaikan rakyat dan negeri tersebut. Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Harun Taib berkata, pertemuan PAS dan Dato' Ahmad bertujuan meminta penjelasan sejauh mana janji PM untuk menyerahkan semula wang royalti petroluem berkenaan. Ia tidak ada kena mengena dengan sebarang pakatan untuk menubuh kerajaan baru di Terengganu buat masa terdekat. Dato' Harun membuat kenyataan berkenaan ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Dua Dekat Madrasah Darul Taqwa, Kuala Nerus di sini baru-baru ini. Turut berucap di majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Mudir Madrasah Darul Taqwa, Ustaz Haji Mohd. Yaaqub. Terdahulu, hampir semua Ahli Dewan Harian dan wakil-wakil rakyat PAS negeri itu hadir dalam pertemuan di Wisma Darul Iman itu. Pertemuan itu berlangsung lebih sejam, menyentuh pelbagai isu termasuk penjelasan mengenai status penyerahan royalti petroluem dan gas oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Terengganu, kronisme dan lain-lain. - mns_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, royalti, terengganu