Malaysiakini |
Apr 20, 08 10:27am |
Ketua pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa keris tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman. "Perkara ini dibangkitkan hanya bertujuan menakut-nakutkan pihak tertentu tambahan kita berada dalam negara majmuk dan untuk mempengaruhi adalah perkara biasa,'' beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita semalam. Akhbar Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, beliau menyangkal laporan Malaysiakini kelmarin bahawa naib ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin mengakui isu keris menjadi satu daripada beberapa punca kemerosotan sokongan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu. Hishammuddin berkata, berita-berita daripada laman web, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu diteliti terlebih dahulu kerana ia boleh menjejaskan perpaduan dan kredibiliti seseorang individu itu. ''Tak mungkin naib ketua saya boleh menyatakan sedemikian kerana dia sentiasa ada bersama-sama dengan saya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ke-39 dan Pengisytiharan 110 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih. Khairy dilaporkan memberikan kenyataan itu ketika ditemui pemberita di program retreat ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Jumaat. Bagaimanapun, Khairy dalam laporan itu menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama kemerosotan undi BN. Keris Panca Warisan Sebelum ini dua akhbar bawah Kumpulan NSTP, yang dikaitkan dengan Khairy, Berita Harian dan New Straits Times menyalahkan Hishammuddin kerana menghunus keris 'Panca Warisan' selama tiga tahun berturut-turut mulai 2005. |
Monday, April 21, 2008
Keris bukan punca kurang sokongan
Posted by
Sang Pemantau
at
10:50 AM
Labels: malaysiakini, pemimpin haprak, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment