Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke republik tersebut. Demikian dilaporkan oleh akhbar media perdana hari ini yang memetik Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia.
Walaupun begitu itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Dr. Ibrahim Che Embong ketika diminta mengulas isu itu berkata, pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada para penternak babi berhubung penternakan besar-besaran untuk eksport ke China. Dari segi dasar, ujarnya, hanya ladang ternakan secara moden yang dibenarkan ditambah manakala soal sama ada boleh atau tidak bilangan babi ditingkatkan terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.
Sebenarnya Malaysia telah lama memperolehi pendapatan dari ekspot kegiatan ekonomi haram (dari segi syarak) iaitu judi dan arak selain ekspot babi.
Nama-nama syarikat yang terlibat dalam industri judi dan arak serta rekod urusniaga mereka adalah seperti berikut: Bil | Nama Syarikat | Tahun | Pendapatan (RM juta) | Untung Bersih | Jenis Perniagaan | 1. | Genting Berhad | 1999 | 3,077,400,000 | 1,101,100,000 | Kasino | | | 1998 | 3,369,800,000 | 414,300,000 | Perjudian | | | 1997 | 3,822,000,000 | 771,300,000 | | 2. | Resort World Berhad | 1999 | 2,178,500,000 | 645,800,000 | Pusat Hiburan dan Perjudian | | | 1998 | 2,514,900,000 | 149,000,000 | | | | 1997 | 3,038,700,000 | 867,300,000 | | 3. | Magnum Corporation | 1999 | 2,917,720,000 | 519,304,000 | Empat Nombor Ekor Loteri | | | 1998 | 2,958,231,000 | -442,082,000 | | 4. | Metroplex Bhd | 1999 | 456,789,000 | -88,980,000 | Subic Bay Casino Perjudian atas kapal | 5. | Leisure Management Bhd | 1998 1999 | 794,126,000 1,952,683,000 | 64,739,000 78,958,000 | Empat Nombor Ekor Lumba kuda | | | 1998 | 2,106,039,000 | 17,599,000 | Nombor Ramalan | 6. | Berjaya Sports Toto Berhad | 2000 | 2,339,894,000 | 254,474,000 | Empat Nombor ekor | | | 1999 | 2,195,411,000 | 442,127,000 | Nombor Ramalan | 7. | Guiness Anchor Berhad | 1999 | 1,042,440,000 | 143,135,000 | Minuman keras | | | 1997 | 733,385,000 | 105,855,000 | | 8. | Tanjong Public Limited Co | 1999 | 1,892,953,000 | 185,517,000 | Nombor Ramalan Lumba Kuda | | | 1998 | 1,667,327,000 | 359,329,000 | | 9. | Carlsberg Brewery Bhd | 1999 | 842,330,000 | 137,935,000 | Arak | | | 1998 | 777,679,000 | 114,454,000 | | Malaysia telah pun menjadi negara pengekspot khidmat Judi terbesar di Asia selepas Macau. Berjuta-juta ringgit wang asing telah masuk ke Malaysia melalui kedatangan pelancong asing yang datang untuk berjudi di Genting Highland.
Genting telah menjadi operator kasino terbuka yang terbesar di Asia. Diantara 10 buah negara yang menawarkan khidmat Kasino dan judi, Genting menjadi kedua terbesar dengan 426 meja perjudian dan 3140 mesin slot judi.
Ramai yang kurang mengetahui bahawa permulaan industri judi Genting Highland berkait rapat dengan kerajaan Malaysia dan tokoh-tokoh UMNO. Catatan sejarah Bapa Judi Malaysia, Lim Goh Tong telah membuktikan perkara tersebut, sebagaimana catatan dibawah;
Pada Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel). Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Industri arak juga bermula seiringan dengan industri judi. Syarikat pengeluar arak, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1969. Kumpulan Carlsberg mencapai perolehan sebanyak RM929.7 juta pada tahun 2006. Peningkatan dalam perolehan ini disebabkan terutamanya oleh kenaikan harga selepas kenaikan duti eksais pada September 2005 dan kenaikan dalam jualan eksport. Kumpulan Carlsberg mengekspot 15- 20% daripada pengeluarannya ke Maldives, Singapura danTaiwan |
0 comments:
Post a Comment